ad ld

Saturday, May 18, 2013

Sharudin Ahmad Calon BN Dun Selinsing Meninggal Dunia

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu. Sharudin juga merupakan calon BN bagi DUN Selinsing pada pilihan raya lalu.


Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang. Pada Jumaat, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Sharudin di Hospital Taiping.

- Sharudin Ahmad Calon Dun Selinsing Meninggal Dunia Ketua Pemuda Bagan Serai (Gambar)

Sharudin merupakan pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama bagi memperkasakan belia di daerah Kerian. Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din dengan majoriti 809 undi. mstar

-- Sharudin Ahmad Calon Dun Selinsing Meninggal Dunia Ketua Pemuda Bagan Serai (Gambar)
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)
-- Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Berkahwin Di Masjid Kristal 25 Mei

No comments: