Kes gaduh India tetak Melayu di Sg Petani mmg hot skang ni. Macam macam versi keluar lbh2 lagi dlm facebook n media sosial lain. Siap citer ada rusuhan la kat SP, pergaduhan kaum la, gangster la..perhh. Ok ni nak habaq mai, mmg kes tetak tu ada, berlaku 16hb area Paya Nahu. Dah ada tangkapan polis, yang cedera plak masuk hospital.
Polis, MPV dan FRU pun mmg ada tapi xtvt harian tetap berjalan seperti biasa. Cuma ada banyak roadblock di sesetengah kawasan. Pepun, semoga segalanya ok dan normal as usual.
- Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pada Rabu, keadaan dan
suasana keselamatan di negeri ini adalah terkawal serta normal dan tiada
rusuhan berlaku seperti yang disebarkan di laman sosial dan khidmat
pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata walaupun berlaku insiden pergaduhan sebelum ini, semuanya telah dapat diatasi dan dikawal oleh pihaknya.
"Setakat ini seramai 21 orang telah disoal siasat bagi membantu
siasatan insiden sebelum ini dan diharapkan semua pihak dapat memahami
bahawa situasi di Sungai Petani adalah terkawal," katanya kepada
Bernama. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan
ketua-ketua masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini
bagi membincangkan dakwaan berlaku rusuhan di daerah berkenaan.
Katanya orang ramai sepatutnya merujuk kepada pihak polis sekiranya
ingin mendapatkan maklumat tepat mengenai keadaan keselamatan semasa di
negeri ini. Ahmad berkata kebanyakan penulisan mengenai sesuatu berita terutama di laman sosial adalah tidak tepat dan berunsur provokasi.
Sementara itu, Anggota Majlis Perbandaran Sungai Petani, S.Pichathu
berkata keadaan di daerah itu aman serta damai, tidak seperti yang
digambarkan oleh berita-berita di laman Facebook, Twitter dan blog yang
mendakwa berlaku rusuhan. "Mereka saja nak buat propaganda, kami di sini dalam keadaan biasa
sahaja, orang luar sahaja yang buat andaian macam-macam," katanya.
Lee Heng Chai, seorang lagi anggota majlis itu berkata, dakwaan
mengenai rusuhan itu timbul apabila sekumpulan anak muda bergaduh kerana
salah faham.
"Orang muda biasalah, perangai mereka cepat naik baran, bila
tersentuh sikit pun boleh bergaduh, terus pukul tanpa usul periksa.
Masalah itu kelihatan besar apabila ada campur tangan daripada orang
luar," katanya. mstar
-- Irma Hasmie Mengandung 5 Bulan (Gambar)
-- (Gambar) Lelaki Melecur 50 Peratus Disimbah Asid Di Perlis
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!