Mengulas kemenangannya, Izyan berkata, tunjuk ajar daripada chef dan ilmu yang dkutip sepanjang berada dalam program tersebut telah digunakan sebaiknya dalam pertandingan akhir itu dan bersyukur semua usaha kerasnya telah membawa hasil.
“Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim kedua merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya. "Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi. "Semua pengalaman itu saya curahkan dalam pertandingan akhir dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya," katanya.
Pada episod terakhir yang siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) itu, Izyan berentap dengan dua peserta lelaki iaitu Ng Yeong Hong (Ah Hong) dan Muhd Fazrul Nizam Anas Anizan (Along).
Dalam pada itu, Izyan berkata, persaingan di antara mereka cukup sengit kerana Ah Hong dan Along mempunyai kelebihan masing-masing.
Bagaimanapun kata Izyan dia berasa bangga dapat berentap dengan mereka diperingkat akhir program itu. "Bersaing dengan mereka pada peringkat akhir merupakan satu penghormatan yang amat besar kerana mereka merupakan tukang masak yang hebat," katanya.
Pada pertandingan akhir itu, kesemua peserta dikehendaki menyediakan dua jenis hidangan yang mempunyai elemen dan suntikan citarasa Malaysia. Tiga jam diberikan bagi menyiapkan kesemua hidangan untuk dinilai oleh 15 juri profesional termasuk juri tetap MasterChef Malaysia Musim Kedua iaitu Chef Joe, Chef Adu dan Chef Zubir.
Antara juri profesional yang dijemput adalah Datuk Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Zaishahrizal Zamani dan Perunding Makanan, Prof Madya Dr Shahrim Karimady. Izyan menyediakan menu yang diberi nama Suria Kasih iaitu daging tenderlion, kekapis bersama pucuk paku bersos kari hijau serta sari buah delima dan salad segar. Manakala pencuci mulut Bulan Merindu iaitu kek kukus coklat bersama crumble, strawberi serai dihidang bersama gramita tembikai berpudina.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, MasterChef Malaysia telah mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi program terbaik dan menjadi pilihan utama penonton sepanjang 70 episod yang telah ditayangkan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PANASONIC ‘Cooking Magic’ selaku penaja utama MasterChef Malaysia dan MyChef sebagai penaja bersama. "Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan MasterChef Malaysia amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan" ujarnya. mstar
-- Perkahwinan Anas Datuk K Dan Nasha Allysa Datuk Hishammuddin (Gambar)
bravo..still pompuan yg konker hehe
ReplyDelete