Ngeri tengok gambar ni, 30 jahitan di kepala dan pendarahan otak selain retak tempurung kepala kesan jatuh dari gelongsor air boomerang pada ketinggian 4 meter.
Pergi main nak seronok2 tapi jadi cmtu plak. Pepun semoga dia cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa.
- Keseronokan seorang pelajar mandi-manda di sebuah taman tema air di
Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah
satu gelongsor air di situ.
Akibat kejadian itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di
sini, Muhammad Aiman Afzal Suhaizam, 14, mengalami pendarahan otak dan
tempurung kepalanya retak selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira
empat meter dari permainan gelongsor air boomerang dalam kejadian 20
November lalu.
Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Sharina Wahab, 39,
mendakwa, dalam kejadian itu, kepala anaknya terhantuk sehingga terpaksa
menerima 30 jahitan selain lebam di lutut, tangan dan tengkuk. Dakwanya, anaknya pergi ke situ selepas mengikuti percutian selama
empat hari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis melibatkan
rombongan kira-kira 80 orang terdiri daripada pelajar dan guru bermula
19 November lalu.
“Kejadian disebabkan kecuaian petugas yang menyelia permainan
gelongsor tersebut apabila dia melepaskan Aiman dalam keadaan
berpusing-pusing sehingga anak saya terpelanting keluar. “Ekoran itu, Aiman terjatuh ke lantai konkrit dari ketinggian empat
meter menyebabkan kepala anak saya terhantuk selain kesan lebam di
lutut, tangan dan tengkuk sehingga menerima 30 jahitan,” dakwanya
ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Padi di sini semalam.
Dakwanya lagi, sebelum itu, Aiman telah meminta penyelia terbabit
supaya tidak memusingkan pelampung yang dinaiki namun tidak diendahkan. Menurut Sharina, dia kini resah dan risau apabila doktor di Hospital
Kuala Lumpur (HKL) yang merawat anaknya memaklumkan yang Aiman bakal
mengalami simptom pening dan sakit kepala seumur hidup.
“Kini anak saya sering mengantuk selain lesu setiap kali bangun tidur
dan keadaan itu telah mengubah kehidupan anak saya yang sebelum ini
ceria,” dakwanya. Ujar Sharina, apa yang dikesalkan pihak taman rema air tersebut dan JPN Perlis mendiamkan diri selepas kejadian itu.
Sementara itu Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa ketika dihubungi
menyatakan, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden
tersebut. Dalam pada itu di Melaka, jurucakap taman tema tersebut memberitahu,
pihaknya tidak pernah lepas tangan mengenai kejadian berkenaan dan
sedang menunggu laporan penuh perubatan untuk tindakan lanjut.
“Kami telah menyediakan ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka sebaik kejadian sebelum dia dirujuk ke HKL. “Kes ini pertama kali berlaku sejak kami mula beroperasi pada 15 Mei 2010,” katanya ketika dihubungi. Tambahnya, kejadian mungkin berlaku apabila posisi badan mangsa yang
ketika itu menggunakan pelampung tidak stabil sehingga dia tercampak
keluar. kosmo
-- Che Lah Cantik Tersingkir Masterchef Malaysia 2 6 Terbaik 26.11.12
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun
hish..ngeri bila baca berita ni...
ReplyDeletetu yg takut nak bawa anak2 pi taman tema mcm ni...
ReplyDeleteada dgr berita nie di radio
ReplyDeletetapi dlm radio cakap budak perempuan .. huh ... macam2 skrg nie .. risau kalau nak bawa anak main permainan2 macam nie ..
yelah .. malang x pernah berbau kan dik ..