Monday, August 29, 2011

Ucapan Slmt Hari Raya Live Dri Kota Bharu

Assalamualaikum. Hari ke 4 kami sekeluarga di bumi Kelate, syukur dgn nikmat ini Alhamdulillah. Spt biasa, keadaan di segenap pelosok Kelantan dh penuh sesak dgn manusia since Jumaat lps. Para perantau mcm kami dh kembali ke kg masing2 utk sambut hari mulia Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Sebut je nk gi mana, Pasar Borong Wakaf Che Yeh? Giant? Tesco? Mydin? The Store? Bank? Even petrol station pn jenuh kena Q dh beb. Kalo rasa kuat dri segi mental fizikal boleh la serbu tmpt2 cmtu dlm 3-4 hari ni especially Pasar W.C.Y. Perhhh ramai sgt manusia berpusu pusu. Nak lepas Jalan Tunjung Bt 4 ke Bunut Payong pn bleh cecah sejam biasa 15minit je..huhu.

Jadual kt kg dh kena tukar, biasa gilir hari ni kg papa esok plak kg mama tp skang kena reschedule gilir 2 hari sekali. X larat redah jem, buang masa atas jalan je kata papa. Raya kali ni ada kelainan skit coz mlm raya n pagi raya pertama kt kg mama. Then ptg skit bru blk kg papa, bukan beza jauh pn 20km je.

Ok la my pren, masa singkat sgt berharga di kg. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin utk semua. 

Wednesday, August 24, 2011

Pelajar Malaysia Dirogol 4 Pelajar Rusia Di London, Rakam Dlm iPhone

Empat pemuda Rusia dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu mendaftarkan diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di sini akan berhadapan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar Malaysia yang belajar di kolej yang sama.

Tuesday, August 23, 2011

Pencarian Lailatul Qadar, 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum. Lamanya x update blog ni, last week bz dgn xtvt iftar anjuran student mengikut course masing2. Ada yg organised kt hotel, restoran n dewan kuliah pn ada gak. Hanim pn dibawa bersama join majlis berbuka puasa tu, seronok dia tgk byk makanan best. he3.

Xtvt kuliah pn bz coz nk ikut silibus, prepare soklan kuiz n exam utk my students. Mlm rehat jap je coz ikut papa hanim gi terawih, sambil2 nk ajar hanim biasakan dgn surau/masjid. Alhamdulillah hanim ok je, dia teruja kot tgk ramai org sembahyang, ikut je buat dri awal smp habis. Cuma hari dia sekolah xleh bt lama sgt kesian hanim kalo tido lewat nk gi school kan.

Imam solat terawih kt 2-3 surau sekitar SP ni dtg dari Indonesia, Pesantren Jawa. Dh 5 tahun rasanya setiap Ramadhan dorg dtg SP dlm group 5-10 org then bergilir jd imam kt masjid/surau berdekatan. Mulanya x perasan, tp lps seminggu terawih kt satu surau tu, my hubby ajak gi surau lain plak.

Tya hubby nape, dia kata imam tu tukar gi surau satu lg, suara dia sedap baca ayat sayu je dgr. Gitu lah rotate dorg bt sepanjang Ramadhan ni. Hubby kata kagum tgk dorg, usia muda2 lg dh merantau jd imam, Al-Quran plak dh ada dlm diri, bertuah mereka belajar sekolah pondok.

10 malam terakhir Ramadhan ni berganda2 ganjaran pahala. Sama2 lah kita berusaha tingkatkan kualiti ibadat lbh2 lg pencarian Malam Lailatul Qadar sblm Ramadhan mulia tahun ini meninggalkan kita.

Monday, August 15, 2011

Durian Memang Sedap Kan

Slmt berpuasa di hari ke 15 Ramadhan. Cepat masa berlalu dh separuh bulan mulia ini kita tinggalkan. Semlm kt SP jammed teruk, ramai kuar bt persiapan raya dh.

Radio pn dh mula main lagu raya, alahai dengar lagu P.Ramlee Dendang Perantau bt hati ku igt kt kg, sob3. Xpe sabar2, lg 11 hari dh nk blk kg kan. Ehehe mood raya dh dtg ni.

Durian pn berlambak dijual kt SP ni, meriah je berlonggok kt tepi2 jalan. Bru plan nk beli, tup2 jmp dgn mak pengasuh Hanim, dia bagi 2 biji durian. Alhamdulillah rezeki kan. Mlm tu tgk isinya woww mablesssss. Rasa pn terbaik gitu. hehe. Uols pun dh layan durian ke masa buka puasa?

Friday, August 12, 2011

Fida Dan Mamat Sepah Mengaku Rapat

Pelakon Fida Ibrahim dan pelawak Mamat (Sepah) mengaku mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Fida ketika ditemui di majlis rakaman program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akui menyenangi sikap Mamat yang lebih mementingkan keluarga dalam hidupnya.


Kek Lapis Sarawak Mmg Best

Sape suka kek lapis Sarawak? Bestkan. Last week ada ofismate gi sana, pastu dia bw blk la kek lapis sbg hadiah utk kengkawan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan gak tu. Mula2 Hanim tgk dh senyum dh, 'Mama, nmpk mcm best je kek tu, boleh makan sekarang tak? Dia terus je makan dlm kete, 'Mmmm, betul la mama sedap kek ni. Oppss, mama papa puasa kan, sori'. Alahai sabar je lah dgn gegirl mama ni.


Masa buka puasa bru dpt try kek ni, mmg best dan lagi best coz dpt free..hehe.

-- Cek Nuffnang Ke 6 Utk 2011 Dh Smp, Alhamdulillah

Thursday, August 11, 2011

Buffered Earning Ke 20 Utk 2011, Rezeki Ramadhan

Buffered earnings a.k.a BE dtg lg, Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan berterusan lps dpt cek nuffnang yg ke 6 awal Ogos hr tu. BE baru ni Proton Saga CVT namanya. Dh ada n3 pasal Saga FLX ni last week, kat sini linknya. Prestasi Pahit-Manis 1st Love utk 2011 mmg buat hati ku gembira coz dpt BE baru setiap bulan, la la la.


Selamat 'melombong' duit ye my new BE. Uols yg plan or berminat dgn Saga FLX ni bleh 'explore' n3 ni, mana tahu nk kereta baru utk raya kan..hehe. Tq nuffnang, toceh toceh..

-- Saga FLX 1.3L CVT, Harga, Spec, Gambar Dan Warna Terkini
-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air

Wednesday, August 10, 2011

Video Pelajar Malaysia Cedera Dipukul Dan Dirompak Di London

Pelajar Malaysia cedera berdarah dipukul di London oleh sekumpulan perusuh ketika dia keluar dri tren bawah tanah. Rasa geram n sedih tgk video ni masa Buletin Utama TV3 9.8.11. Dah la dlm keadaan lemah cedera cmtu, ada plak yg dtg kononnya nk menolong tp terlibat merompak barang milik dia.

Ramai2 org yg lalu lalang kt situ buat x tahu je, mcm xde apa yg berlaku. Mmg kejam, xde hati perut langsung dorg ni kan. Asyraf Hazlan, pelajar tajaan Mara jurusan perakaunan di sebuah kolej di London dilaporkan cedera dan perlu jalani pembedahan rahang yg kini dirawat di Royal London Hospital.


Kejadian berlaku ketika Asyraf keluar dari tren bwh tanah dlm perjalanan ziarah rakannya utk berbuka puasa di utara London. Semoga dia cepat pulih dan kita sama2 doakan keselamatan beliau dan rakyat Malaysia yg berada di London agar tdk dilibatkan dlm rusuhan yg berlaku bermula di Tottenham, England.


Video rusuhan di Tottenham. - Hargailah keamanan dan kedamaian di bumi Malaysia ini.

-- Isteri Angkasawan, Dr Halina Bersalin Dalam Air
-- (Gambar) Guru Maut Kemalangan Toyota Rush Dan Hilux Di Km 33.7 Jln Johor Bahru Kota Tinggi

Tuesday, August 9, 2011

Cek Nuffnang Ke 6 Utk 2011 Dh Smp, Alhamdulillah

Cek nuffnang yg ke 6 utk 2011 ni dh smp last week. Alhamdulillah, rezeki hasil blog masih berterusan hingga kini dan buffered earning pn dtg silih berganti plg kurang purata 1BE 'melombong' duit utk sebulan. Paling best masyukkk $$$$$$ masa 8 BE running serentak dulu. Bling bling gitu hehe.

Semoga rezeki cmni akan tetap berterusan, w/pun x byk tp dh ok la kira lps bayar bil api air, broadband n brg2 skit kan. Terima kasih juga utk uols yg still sudi dtg blog ni n Nuffnang yg terus murah hati bagi buffered earnings a.k.a BE utk blog cintapertamakami.blogspot.com. Rezeki Ramadhan ni, Alhamdulillah. - N3 auto publish, bz hari ni ada presentation.

-- (Gambar) Pertunangan Ally Iskandar TV3 Dan Aishah Zainal Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini 

BONUS Setengah Bulan Gaji Utk Kakitangan Awam, Pesara

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Monday, August 8, 2011

Akok Kuih Trademark Bulan Puasa Di Kelantan

AKOK!!!! Compem bulan puasa cmni ramai anak kelate tingat kuih ni, especially perantau mcm kami. Akok ni bleh kata menu wajib ada masa buka puasa kt kg. Sedap tu x yah cer la, dh try bru tau. Uols yg ada kawin dgn ore kelate mcm Eily n Tuya tu try tya husband msg2, best x akok. hehe.




Bertuah dpt rasa akok ni masa 1st day buka puasa kt kg papa last week. Thn lps dpt lg 3 RM1 kot, tp skang dh 2 RM1. Hanim plak spontan je, 'Sedapnya kuih ni Tok Bah, x penah makan pun kt kedah, nape papa x beli?' Alahai sabar je lah dgn gegirl mama ni.

-- Saga FLX 1.3L CVT, Harga, Spec, Gambar Dan Warna Terkini

Datuk Siti Jawab Isu Berus Bulu Babi Produk SimplySiti

Terkejut gak bila tgk ada blog up cer pasal status halal berus SimplySiti. Lalu Datuk Siti selaku presiden produk terus bt penjelasan berkenaan isu tersebut. Jom baca apa kenyataan akhbar Datuk Siti Nurhaliza:-

Saturday, August 6, 2011

Jeruk Mangga Made In Kelantan, Stok Dri Kg

Stok dri kg mestilah terbaik punya. Hasil air tangan mak mmg sentiasa diingati si anak lbh2 lg bila berada di perantauan kan..sob3. Tgk jeruk mangga ni terus igt kg, my Ma suka buat byk2 n bagi bekal utk anak2 yg blk kg.


Meleleh beb tgk ptg2 cmni kan. kui3. Thanks Ma. Sayang Ma.

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar Putus Tunang Dgn Aishah Gadis Melayu 1

Belum reda kes Khairul Fahmi-Aimie putus tunang, kuar pula Ally Iskandar-Nur Aishah putus tunang. Full story uols baca kt bawah ye.

- Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu.

8am Dah Sampai Pantai, Perhhhh

Xtvt biasa blk kg mestilah lepak kt pantai kan. Mmg Hanim suka sgt main air cmtu, papa dia layan je, kul 8am dh smp pantai lgpun PCB lps kul 10am mula panas. Lewat nti hilang keremajaan kulit plak kata papa, ahakss. Ada hati remaja lg tu, tak tahaannn beb.





Main air betul2 puas hati, maklum la cuti jap je kan, lgpun takut x sempat coz sehari dua lps tu dh start puasa. Cuti 6 hari di kg mmg x cukup. Bestnya kalo org yg dpt keje kt negeri sndri kan, nikmat x terhingga. Pepun, tetap bersyukur dgn apa yg ada, Alhamdulillah.

-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini

Thursday, August 4, 2011

Jom Cuci Mata Di Psr Borong Wakaf Che Yeh

Sape penah gi Pasar Borong Wakaf Che Yeh a.k.a WCY? Setakat 2jam ronda2 situ x rasa apa kan. Mcm2 ada kain baju, makanan, sayuran, mainan kanak2 sebut je cuma larat dgn x larat je nk jelajah segenap tempat tu. Maybe uols yg penah smp Kelantan tp blom terjah WCY ni kira x sah lah. Jgn risau, WCY ni buka setiap mlm 7 hari seminggu till kul 2-3pagi. Ni kunjungan mama masa blk kg last week tu kan. Mmg happening, uols dinasihatkan bw eyemo utk elak rambang mata dan sandal selesa utk kaki..huhu.


Kain Italian Silk 4 psg RM100!!!! Perhhh, 5 psg 100 pn ada. Yg mahal skit RM150 sepasang ada gak, pilih je yg mana suka. Uols nmpk x yg pakai baju kurung pink tu? Jgn terkejut tu lelaki beb, gimik dorg jual kain. Sekali dia tya dgn suara garau,' Nok brapo psg kak, muroh2 tu'. Hanim lari menyorok blkg papa dia..kui3. Budak2 pn takut woo tgk muka ganas gilerr tp berbaju kurung pink lg u.


Terbeli gak la skit2, tp dh abis bagi kat MIL, ma n sedara mara. Nmpknya kna shopping lain plak pasni, i like..hehe. Cmne persiapan uols, dh start beli ke?

Aiskrim Di Bln Puasa Mmg Menggoda Lah

Hari pertama puasa di SP, hujan sepanjang hari till mlm. Berbeza cocer 6 hari di KB yg panas membahang. Bulan puasa ni blk keje awal, amik Hanim kt umah mak pengasuh pn awal lah.

Hanim tya nape amik dia awal? Papa Hanim tya blk, cmne gegirl tahu awal? Hanim jwb, Spongebob blom main, biasa papa dtg en.crab bru start kul 5 kan. Kih3 mcm2 lah gegirl mama nih.

Hanim tya, btul ke nk blk dh ni? Cmne dgn Spongebob? Nti papa kena bli aiskrim tau. Alahai sabar je lah, kul 5 lbh tgk Hanim makan aiskrim cmtu. Slurp slurppp..huhu.

Wednesday, August 3, 2011

Musafir Di Bln Puasa, Dh Smp Kedah

Assalamualaikum. Alhamdulillah dh slmt smp Kedah ptg semlm. Perjalanan lbh 4jam dlm bln Ramadhan agak mencabar berbanding hari biasa lbh2 lg dlm kete ada bau kuih muih n stok makanan dri kg..huhu. Bertolak awal skit dri biasa around 12pm coz kalo ptg kan kot dahaga plak dgn cuaca panas skang ni. X sangka byk gak kete, maybe dorg pn cuti sambut puasa di kg laman.


Syukur dpt tahan berpuasa w/pun dibenarkan berbuka coz dlm musafir kan, Hanim plak relaks je makan roti butterscotch n minum susu siap bunyi nyam nyam, sabar je lah. Smp umah rehat jap pastu kuar gi tesco bli brg dapur.


Plan nk masak tp Hanim mintak nk kfc. Ronda2 je lah tgk sekitar SP yg jammed coz byk sgt bazar ramadhan especially kt dataran jam besar. 7.25pm bru terjah kfc, seb baik byk meja kosong lg. Hari ni uols sahur makan apa ekk?

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan Di Kota Bharu, Alhamdulillah

Assalamualaikum. Selamat berpuasa utk semua, semoga Ramadhan kali ni memberi lbh keberkatan utk kita semua. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh-Nya utk bertemu lg Ramadhan thn ini. Satu nikmat yg tidak terhingga. Begitu juga peluang bersahur dan berpuasa bersama keluarga tercinta di kg, satu rahmat yg sgt dihargai. Ekceli hari ni dh 5 hari kt kg, rasa cepat je masa berlalu esok dh nk kembali ke kedah.

Kota Bharu dh jammed teruk sgt since Khamis lps, rata2 ramai perantau yg blk utk sambut puasa bersama keluarga coz tgk byk kete no plat luar tp ada trademark kelate. Fly over under construction dekat KB Mall mmg byk 'membantu' kesesakan dlm bandar KB. Sabar je lah, harap dh siap nti dpt smoothkan traffic ye.

Sempat gak terjah Pasar Borong Wakaf Che Yeh dua hari lps, mmg happening n pening coz mcm2 ada jual. Pakaian murah2 compem 'mabuk' nk pilih yg mana..huhu. Itulah kata pepatah, Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, tp hati ku tetap di kg halaman. Layan emo la skit pepagi ni..hehe.