Al-Fatihah utk arwah adik Noraini Syazwani Abdullah, berusia 2 thn 11 bln yg meninggal dunia slps 3 hari bertarung nyawa akibat melecur teruk di perut hingga lutut terkena air panas.
Ibunya, sdg mengandung 7 bln dikatakan menuang air panas bru masak ke dlm balang, tetiba arwah menerpa ke arah ibunya, air panas tu tertumpah secara x sengaja lalu tersimbah ke badannya.
KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun 11 bulan dari Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, dekat sini yang melecur teruk daripada perut hingga lutut selepas terkena air panas tiga hari lalu, disahkan meninggal dunia, awal pagi semalam.
Mangsa, Noraini Syazwani Abdullah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan intensif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kira-kira jam 1.20 pagi selepas bertarung nyawa akibat melecur teruk.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung insiden air panas itu. Beliau berkata, bagi kes Noraini Syazwani, kejadian berlaku di kediaman keluarga kanak-kanak terbabit ketika ibu mangsa, 19, yang kini mengandung tujuh bulan dikatakan menuang air panas yang baru dimasak ke dalam balang.
Syazwani yang ketika kejadian sedang bermain tiba-tiba menerpa ke arah ibunya, sebelum air panas tiba-tiba tertumpah secara tidak sengaja, lalu tersimbah ke badannya.
Mangsa yang melecur teruk dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, sebelum dipindahkan ke HSB beberapa jam kemudian. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) selepas lebih tiga hari dirawat,” katanya di sini, semalam. hmetro
-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- (Gambar) Dua2 Tangan, Ibu Jari Kaki Kiri Dipotong Krn Renjatan Elektrik
-- (Gambar) Dua Malam Mayat Atas Siling Rumah, Seram Gilerrr!!!
Ya Allah sedihnya... sebaya dgn airel plak tuh... tula kan, kdg2 kita tak sedar tiba2 jer anak kita duk blakang kita klu kita duk kt dapo... mtk dijauhkan seme tuh... Nauzubillah...
ReplyDeleteal-fatihah. teringat kat adik amy yg no 2 masa dia kecik2 dulu pun pernah tersimbah air panas dlm periuk besar tgh menggelegak... huhuhu alhamdulillah selamat.
ReplyDeletesubhanallah....minta dijauhkan...
ReplyDeletetakziah kepada keluarga adik noraini...
Kg sungai bugis tu..sebelah kampung mama...
al fatihah kepada adik tu.
ReplyDeletekene berhati-hati walau dimana kita berada.