Baru baca artikel pasal perkahwinan Siti Maryam Mahmod, pelajar sekolah berusia 14 tahun dgn seorang guru Abdul Manan Othman, 23. Siti Maryam atau lbh dikenali dgn panggilan Maya berkata, perkahwinan itu adalah hak individu dan bagi dirinya sendiri sudah bersedia untuk berhadapan dengan komitmen sebagai seorang isteri. “Saya sudah pun memikirkan tentang tanggungjawab dan kesannya apabila berkahwin pada usia semuda ini.
Bagi suami Maya pula,' Perkahwinan itu bukan satu paksaan dan keputusan untuk berkahwin itu atas dasar suka sama suka'. Lihat petikan di bawah:
- Siti Maryam Mahmod, pengantin muda berusia 14 tahun yang mencetuskan
kontroversi baru-baru ini melihat usia bukan penghalang baginya untuk
berkahwin. Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Maya berkata, perkahwinan
itu adalah hak individu dan bagi dirinya sendiri sudah bersedia untuk
berhadapan dengan komitmen sebagai seorang isteri.
“Saya sudah pun
memikirkan tentang tanggungjawab dan kesannya apabila berkahwin pada
usia semuda ini. “Tetapi pada masa yang sama ibu telah membimbing saya tentang apa itu
perkahwinan dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri,” katanya
kepada Mingguan mStar.
Maya berkata, apa yang lebih memudahkan keadaan ialah dia dan suami
serta keluarga berfikiran terbuka berhubung isu perkahwinan ini walaupun
ia telah menjadi perbualan hangat sehingga mencetuskan kontroversi. Kata Maya, adalah menjadi hak umum untuk menilai keputusan itu dan
menambah, siapalah dia mahu menutup mulut orang untuk berkata-kata
tentang dirinya tetapi apa yang penting ialah dia bukan membuat satu
dosa.
“Setiap tohmahan, pandangan negatif atau salah faham mengenai
perkahwinan saya adalah merupakan pendapat masing-masing. Saya terimanya
dengan hati yang terbuka. “Dalam perkahwinan tiada paksaan dan tiada isu saya dipaksa untuk
menjadi dewasa. Dia (suami) melamar saya dan perkahwinan kami direstui
oleh kedua-dua keluarga...itu yang penting,” katanya yang menolak
dakwaan yang mengatakan hak gadis bawah umur untuk membesar, belajar dan
mengembang potensi diri telah dinafikan apabila ‘dipaksa menjadi
dewasa’ menerusi perkahwinan.
Mengenai kemungkinan akan mengandung hasil daripada perkahwinan itu
dan persediaannya bergelar ibu pada usia muda, Maya berkata, dia dan
suaminya sudah bersepakat untuk tidak mendapatkan anak pada masa ini. Jelasnya, suaminya mahu dia menumpukan pada pelajaran terlebih dahulu
dan hanya memikirkan soal anak apabila tamat pengajian kelak.
Maya berkata, dia berharap agar masyarakat berfikiran terbuka
terhadap perkahwinannya yang mendapat kebenaran daripada mahkamah dan
juga kedua-dua belah keluarga. “Umur bukan ukurannya kerana yang penting adalah pendidikan dan
persediaan untuk menjadi isteri secara mental dan fizikal. Hormatilah
keputusan ini (berkahwin)...tetapi sekiranya apa yang saya lakukan ini
telah menyinggung mana-mana pihak, maka saya bersedia memohon maaf,”
ujarnya.
Sementara itu, suami Maya, Abdul Manan Othman, 23, pula berkata,
perkahwinan itu bukan satu paksaan dan keputusan untuk berkahwin itu
atas dasar suka sama suka. Dia mengenali Maya sejak awal tahun dan berhubung rapat dengan
keluarganya maka tidak salah sekiranya perkenalan itu diteruskan
menerusi perkahwinan.
Abdul Manan yang merupakan seorang guru dan Maya pula masih belajar
di sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyifatkan keputusan mereka
tidak memberi sebarang kesan kepada statusnya sebagai pendidik. “Tidak semestinya sebagai guru yang tugasnya mendidik, tidak boleh
berkahwin dengan pelajar. Perkahwinan ini bertujuan mengelakkan sebarang
pandangan serong atau negatif masyarakat mengenai pertalian saya dengan
pihak keluarga perempuan,” katanya.
Abdul Manan yang tidak menafikan usia muda mereka menuntut
pengorbanan yang besar dalam semua aspek sanggup untuk belajar tentang
pengalaman berrumahtangga dengan bantuan keluarga. “Pada masa ini, apa yang boleh dilakukan bersama-sama, itu yang akan
kami amalkan. Tidak kira siapa suami, siapa isteri kami akan melaluinya
bersama,” katanya lagi.
Abdul Manan menambah, perkahwinan mereka itu tidak sepatutnya menjadi
isu kerana masih ramai pasangan muda turut berkahwin dan yang paling
penting ia sah di sisi agama. “Tidak baik sekiranya dipertikaikan kerana apa yang kami buat bukan
satu perkara yang haram atau dosa. Saya dan dia (isteri) pergi ke
mahkamah bagi mendapat kebenaran untuk berkahwin. “Kenapa perkara yang baik, orang menjadikannya sebagai isu sedangkan
banyak perkara lain yang tidak sepatutnya berlaku tidak mendapat
perhatian masyarakat. “Ia satu perkara yang halal. Jika saya berkahwin dengan Maya yang
berusia 14 tahun sedangkan ada yang sebaya dengannya mengandung anak di
luar nikah itu lebih penting untuk mendapat perhatian masyarakat
daripada isu diri saya dan juga Maya,” katanya.
Kedua-dua pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 22
Oktober lalu tetapi menjadi perhatian media selepas menyertai Majlis
Meraikan Pengantin 1Malaysia anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI), minggu lalu. Majlis itu turut dihadiri Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Isu perkahwinan pasangan muda itu telah menyebabkan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa beliau dan kerajaan tidak
bersetuju dengan perkahwinan remaja pada usia yang muda. Shahrizat berpendapat, remaja yang berusia muda memerlukan lebih perlindungan dan keselamatan.
“Perkahwinan merupakan satu perkara yang serius. Dikhuatiri perkara
seumpama ini akan menjadi satu budaya. Risiko dan impaknya juga amat
serius kepada mereka yang berkahwin pada usia muda,” kata Shahrizat yang
menyifatkan institusi keluarga bukan sesuatu yang harus dipandang remeh. mstar
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
-- Gulai Kawah Batang Pisang Baling Kedah
-- Langsuir Terbang Mengilai Ganggu Penduduk (Gambar)
lor, cekgu pun muda belia sangat tuu...
ReplyDeletepagi mamahanim...
Erkk..muda belianyaaa...
ReplyDeleteaduhai dh kembali ke zaman dedulu kot ye..teringat mak eina, kawen umur 13thn, ayah time tu 23 tahun..hehe..umur 14, mak eina dh lahirkan abg, tp arwah abang pergi dulu dijemput Ilahi after kawen, kalau tak, nampak lebih kurang sebaya jerlah mak n anak, beza 14 thn jer..hehe..
ReplyDeletependek akal la budak tu.
ReplyDeleteerm..jgn nanti ade masalah rumahtangga, lari rumah pulak..
ReplyDeletehaish.. kawen ni bukan keje maen2.. xpe la,kite doakan la diorg bhagie. =)
ReplyDeletebiorlah dia kawin..asalkan x menyesal kemudian hari..
ReplyDeleteDemam HDR dah kembali! jom layan....^_^
ReplyDeleteCinta x kenal usia... drp bergelumang dgn maksiat... inilah cara yg terbaik walaupun x dpt diterima oleh masyarakat...
ReplyDelete