KCT 1, lambang cinta seorang suami buat isteri. Alah, suami popular  satu Malaysia itulah yang Joyah maksudkan. Kecoh sepanjang minggu ini  dengan cerita Datuk Khalid Jiwa sanggup menghabiskan lebih RM 60,000  untuk mendapatkan plat pendaftaran kereta KCT 1.
Apa makna di sebalik nombor itu? Barangkali Joyah boleh teka dan  agak. Ia membawa makna gabungan cinta antara kedua-duanya atau boleh  juga disebaliknya ia membawa maksud yang Datuk K tu hanya milik Siti  tau. Awas, kalau ada yang nak mengacau.
Joyah difahamkan oleh seorang teman yang pernah ke rumah agam mereka  yang sekarang pun kereta mewah di depan rumah berkenaan sudah  berbaris-baris. Tak silap Joyah hampir 10 biji, termasuklah sebuah  Ferrari berwarna merah menyala. Ferrari tu hanya sesekali saja digunakan  oleh Datuk K kerana biasanya pasangan ini lebih senang menggunakan  Mercedes untuk bergerak.
Fuhhhh! Mungkin dengan membeli nombor pendaftaran terbaru ini, Datuk K  akan membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan keluarganya? Apa  maknanya tu? Joyah tumpang bangga sebab nampaknya selepas tiga tahun  bernikah, pasangan ini terus dilimpahi rezeki melimpah-ruah.
Kalaulah  jodoh Joyah sampai suatu hari nanti, pasti Joyah akan cari lelaki yang  bermisai lentik macam Datuk K juga, pasti bahagia sebab suami kaya. - Utusanonline.
4 comments:
bahagia bukan diukur dengan harta..kan mama hanim?
Eily: betul3...hehe..
bertuahlah pn.ct tue..^-^
Kf: rezeki dia kan..
Post a Comment