ad ld

Thursday, May 17, 2018

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan Tanpa Syarat Dan Rekod Bersih (Gambar)

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau dibebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat selepas mendapat pengampunan  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Jelas Anwar, dengan pengampunan itu segala rekod jenayah lampau beliau terpadam secara automatik.

Tuesday, May 15, 2018

Pengistiharan Puasa 2018

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, 17 Mei 2018, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Ketika mengumumkannya, beliau berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini, 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.