Khabar duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang
Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu. Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang
duduk di bahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe
Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah
tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut
meletup.
Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di
Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan
untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang
dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.
Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam
Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar. mstar
--
Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)
--
Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--
Yasmin Hani Dan Shaarin Blackrose Bersama Bayi Noah Ismail Wong (Gambar)