ad ld

Sunday, November 10, 2013

Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Fizo Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim. Majlis pernikahan pasangan itu telah berlangsung dalam suasana meriah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad. Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.


Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506. Dalam pada itu, Fizo ketika ditemui berkata, dia sangat bersyukur telah selamat bergelar suami kepada Mawar dan mengharapkan perjalanan hidupnya lebih teratur dan diberkati selepas ini.

Pertunangan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)

Tahniah buat Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim melangsungkan pertunangan 9.11.13. Pasangan yang sama cantik sama padan kan. Dua dua cute gitu.


Hari ni pernikahan Fizo Omar dan Mawar Fareeda disiarkan secara langsung di TV9 program Nasi Lemak Kopi O. Tahniah buat mereka.

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)