ad ld

Friday, October 1, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: 'SUARA' Minta Tolong Di Ladang Gadong

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri. Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam. Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari. "Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas. 

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga. Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air. Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran. Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan. Bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut. "Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang. "Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing. "Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya. - Utusan

Perhatian: Tarif Air Di Kedah Naik Mulai 1 Oktober

Salam.. Sape yg asal dri Kedah angkat tangan? Ehh2.. silap, sila komen je..ahaks.. Ni ada satu pengumuman ok, mulai hari ni 1hb Oktober 2010 tarif air di Kedah Darul Aman dinaikkan sebyk 1.6%. Uols baca sini..

- ALOR SETAR, 29 Sept -- Tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai 1 Okt bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (Sada) Datuk Adzmi Din berkata tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat. "Semakan dan pelarasan ini tidak dapat dielakkan memandangkan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat dari semasa ke semasa," katanya dalam laman web Warta Kedah hari ini.

Katanya secara keseluruhannya purata kenaikan caj kepada pengguna domestik adalah sekitar 27 peratus dan nilainya antara RM3 hingga RM8 melibatkan 457,707 akaun sehingga Ogos tahun ini.
Beliau berkata ini adalah ekoran peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan bilangan pengguna, penggunaan air dan kenaikan harga bahan kimia. "Faktor lain yang menyebabkan pengurusan bekalan air meningkat adalah kerana kenaikan tarif bekalan elektrik. 
Justeru Sada tidak dapat mengelak daripada melakukan semakan dan pelarasan tarif baru dan Kedah bukan bersendirian melakukan pelarasan ini," katanya. - Bernama

-- X bleh basuh kereta selalu la pasni.. So moral of d'story, JIMATKAN GUNA AIR!!!!