Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati
bersalah atas sabitan kes bunuh model warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu, ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia,
lapor ABC News pada Rabu.
Menurut agensi berita itu, Sirul, 43, diletakkan dibawah jagaan
pegawai Imigresen di Brisbane semalaman selepas Interpol mengeluarkan
notis merah terhadapnya.
