Thursday, May 17, 2018

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan Tanpa Syarat Dan Rekod Bersih (Gambar)

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau dibebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat selepas mendapat pengampunan  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Jelas Anwar, dengan pengampunan itu segala rekod jenayah lampau beliau terpadam secara automatik.


"Saya nak jelaskan satu perkara berkaitan kebebasan ini. Kita tak mohon keampunan kerana kesalahan disabitkan tetapi kita tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut sebagai perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan. "Jadi prinsip ini yang diterima Yang di-Pertuan Agong dan membebaskan saya serta membersihkan sama sekali semua rekod sebelum ini," katanya pada sidang media di kediamannya sebaik tiba dari Istana Negara.

Malah, Anwar berkata beliau juga tidak perlu menandatangani dokumen tamat tempoh hukuman dari Penjara Sungai Buloh. "Tadi pengarah sungai buloh dan kakitangan temui saya untuk memaklumkan secara rasmi bahawa saya tak perlu tandatangan apa-apa kerana saya dibersihkan sama sekali daripada segala pertuduhan dan hukuman," katanya. - mstar

-- Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018
-- Rumah Najib Razak Didatangi Kereta Dan Trak Polis (Gambar)

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!