Thursday, November 9, 2017

Myvi Baru 2018 Gambar Harga Dan Spesifikasi Tempahan Dibuka

Perodua Myvi baru 2018 kini dibuka untuk tempahan dan dijual pada harga bermula RM44,300 hingga RM55,300. Myvi baharu (2018) didatangkan dalam lima varian dengan dua pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L. Menariknya Myvi 2018 ini :

1. HARGA

Perodua Myvi (2018) 1.3L G Manual - RM44,300, Perodua Myvi (2018) 1.3L G Auto - RM46,300, Perodua Myvi (2018) 1.3L X Auto - RM48,300, Perodua Myvi (2018) 1.5L H Auto - RM51,800, Perodua Myvi (2018) 1.5L AV Auto - RM55,300* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans

2. ENAM PILIHAN WARNA

Granite Grey Mattalic - 1.5L sahaja, Peppermint Green Metallic - 1.3L sahaja, Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver, Ivory White

3. ENJIN SAMA SEPERTI BEZZA

Perodua Myvi baharu (2018) hadir dengan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu. Sementara bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan 1.3L - 94hp @ 6,000rpm, 121Nm @ 4,000rpm1.5L - 102hp @ 6,000rpm, 136Nm @ 4,200rpm

4. PENGGUNAAN BAHAN API

Perodua Myvi (2018) 1.3L - 21.1km per Liter, Perodua Myvi (2018) 1.5L - 20.1km per Liter. Sebagai makluman, penggunaan bahan api bagi Perodua Myvi versi sedia ada ialah 15.4km per Liter.

5. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

Paling menarik, Perodua Myvi baharu (2018) didatangkan dengan ciri kesleamatan Advanced Safety Assist. Bukan itu sahaja, versi premium Perodua Myvi baharu (2018) dipadankan dengan enam beg udara manakala versi standard empat bag udara.

6. CIRI-CIRI MENARIK LAIN MENGENAI PERODUA MYVI BAHARU (2018)

Berikut informasi yang perlu anda ketahui tentang model Perodua Myvi baharu (2018):
- Lampu depan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.
- Lampu belakang didatangkan dengan desain kombi yang mirip model Kia Rio.
- Pembuka pintu but belakang menggunakan konsep sama pada model Axia baharu.
- Ruangan roda Perodua Myvi (2018) masih mempertahankan rim bersaiz 14-inci bagi 1.3L manakala varian 1.5L dipadankan dengan rim 15-inci dua tona. Ini sudah bagus!

Selain pilihan warna merah, putih dan perak, Perodua turut memperkenalkan warna baharu, iaitu kelabu dan hijau. Sementara itu, rekabentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik. Posisi gear diletakkan pada konsol tengah, manakala butang penghidup tekan-mula (push/start) ditawarkan sebagai ciri standard semua varian.

Varian tertinggi menerima skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain. Tunggu apa lagi. Buat tempahan di mana-mana bilik pameran Perodua sekarang. sumber pandulajucom

-- Pertunangan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi (Gambar)
-- Atlet Terjun Wanita Dirogol Jurulatih
-- Perbualan Terakhir Isteri Dan Anggota TLDM Yang Menyentuh Perasaan 

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!