Alhamdulillah, situasi sakit Diana hanya berlaku seketika sahaja. Kira-kira pukul 6 petang (18 November) Diana mula berasa sakit, kemudian saya bawanya ke hospital pada pukul 3 pagi (19 November) dan pada 4.05 pagi, anak perempuan saya dilahirkan," katanya. Farid berkata memandangkan anak perempuannya dilahirkan pada pagi Subuh, dia dan Diana memberikan nama Nur Aurora yang membawa maksud Cahaya Fajar.
Dia kini lebih tertumpu menjaga anak sulungnya, Muhammad yang berusia dua tahun, manakala Diana, 24, pula menguruskan Aurora. Lagipun saya masih janggal memegang Aurora kerana merasakan dia terlalu kecil dan halus. Risau pula kalau nak pegang dia. Takut dikasari," ujarnya sambil memberitahu bayi keduanya itu lahir dengan berat 3.29 kilogram. mstar
Tahniah untuk Diana Danielle dan Farid Kamil. Semoga kehadiran Nur Aurora melengkapkan lagi keceriaan hidup mereka.
-- Happy Birthday Hanim Yang Ke 9
-- Anak Kedua Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel (Gambar)
-- Perkahwinan Asyraf Datuk K Dan Nurtria Model Indonesia Di Hotel Majestic (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!