Friday, August 14, 2015

Beraya Di Rumah Kawan Sekolah Dan Cikgu

Rasa kembali muda je kan bila dapat jumpa rakan sekolah zaman dolu2 betul tak? Raya lepas terjah umah kawan sekolah menengah, kebetulan dekat dgn kampung my hubby. Lepas terima wasap address dia, tunjuk kat hubby then dia kata tu kawasan meronda dengan budak2 moto zaman muda2 kih. Tup2 10minit dah sampai umah my friend tu, alahai dekat je rupanya.




Dihidangkan dengan laksa yang sedap, makin rancak la berborak kan. Itu ini semua topik keluar hihi. Lepak tak sampai sejam pun sebab rushing ada kenduri n open house plak kena attend lagi. Keluar dari umah dia tengok2 jumpa cikgu zaman sekolah rendah, jiran dia beb. Allah, happy nya rasa. Dipaksa singgah plak umah cikgu, seronok sakan la bercerita pongpang2 sebab kami laki bini satu kelas dulu, jumpa plak guru kelas ni paham2 je lah.


Lepas tu balik umah. Petang keluar plak gi open house kawan en hubby, ada kambing golek walaweh. Si kembar pun layan makan mee, roti jala, lokcing a.k.a sate ikan. Banyak betul melantak cuti raya ni, xtahu la naik berapa kilo plak. Pepun rezeki semua tu kan, Alhamdulillah.

--  Pasar Borong Wakaf Che Yeh Menarik Ke
--  Pulut Durian Sedap Sangat Kan
--  Anak Anak Artis Yang Comel (Gambar)
--  Hantaran Nooryana Anak Najib AS$500,000? Betul Ke?

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!