Penolong pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 34, dan juruteknik komputer, Mohd Fizal Reza Jamauddin, 31, masing- masing didakwa sebagai pemandu Myvi telah didapati memandu secara merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Duke KM6.2, jam 1.05 pagi. Pada 2 Mei lalu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.
Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur. Dua anak mereka Nur Firuza Amira,7, dan Nur Firuza Akila, 3, terselamat dalam kejadian itu kerana tidak mengikuti ibu bapanya yang menghadiri kenduri di Putrajaya. Insiden itu menyebabkan masyarakat berang terhadap kecuaian pemandu Myvi terbabit sehingga menyebabkan dua anak pasangan itu menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
-- Urusan Di Imigresen Sungai Golok Thailand
-- Annahita satu-satunya isteri saya : Datuk Saiful Baha
-- Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan R&B Cover (Gambar)
-- Pernikahan Fahrin Ahmad Dan Elena Hani Eleas Ketua Pramugari Emirates Di Sime Darby Convention Centre (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!