Kediaman anggota militan Negara Islam (IS), Muhamad Wanndy Muhamad
Jedi pernah didatangi individu berkelakuan mencurigakan dan seolah-olah
ada perjumpaan rahsia di situ sebelum dia berlepas ke Syria.
Hanya selepas tersebarnya video Muhamad Wanndy merakamkan aksi
seorang lagi rakyat Malaysia bergambar bersebelahan mayat lelaki yang
kepalanya dipenggal kumpulan pengganas itu beberapa hari lalu, semua
persoalan itu terjawab.
Beberapa jirannya memberitahu The Star, mereka melihat
sekurang-kurangnya lapan orang termasuk dua wanita berkunjung ke rumah
Muhamad Wanndy di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal, malahan ada yang
menginap di situ beberapa hari. Kata mereka, ia berlaku antara Ogos dan Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, kata mereka, tiada siapa diantara mereka bertanyakan
Muhamad Wanddy mengenainya kerana dia bukan seorang yang peramah. Malahan, dia dikatakan sentiasa memusuhi jirannya dan sering
bertengkar dengan mereka, kata salah seorang rakannya yang enggan
dikenali.
"Dia seorang yang panas baran," katanya yang turut memberitahu Muhamad Wanndy dibuang sekolah ketika di peringkat menengah. "Jirannya selalu menasihatkan saya supaya tidak rapat dengannya kerana dia sering bawa wanita ke rumah," katanya.
Menceritakan lebih lanjut, katanya, tiga lelaki, masing-masing dua
dari Kelantan dan seorang berasal dari Kedah menginap di rumah Muhamad
Wanndy antara November dan Disember tahun lalu. Beliau juga mendakwa, antara yang berkunjung ke rumah rakannya itu
adalah Uni Kalsom Bahak, 25 dari Negeri Sembilan yang didakwa di
Mahkamah Majistret Sepang, November lalu kerana menyokong kegiatan
militan IS.
"Umi Kalsom berkunjung ke rumah itu pada Oktober lalu," katanya
sambil menambah dua lelaki dari Kelantan itu berusia dalam lingkungan
20-an. "Saya terdengar mereka ke situ kerana rumah mereka di kampung dilanda banjir. "Tetapi nampaknya mereka lebih berminat untu mengemaskini Facebook
berbanding mengambil tahu masalah yang dihadapi ahli keluarga di kampung
akibat banjir. Saya anggap ia sesuatu yang pelik," katanya.
Kata kawannya lagi, Muhamad Wanddy juga sering ke Kuala Lumpur untuk
menemui seorang warga asing yang bercakap loghat Indonesia yang
kebiasaannya menyerahkan sejumlah wang tunai kepada dia dan rakannya
yang lain. "Saya tidak tahu identiti warga asing itu tetapi Muhamad Wanndy sering pula ke rumah dengan beg berisi wang. "Dia beritahu saya, wang tunai itu untuk kumpulan militan (IS)," katanya yang berusia sekitar 20-an.
Malahan, rakan Muhamad Wanndy ini juga pernah diajak untuk menyertai
Majmu'ah al Arkhabiliy, sekumpulan militan Malaysia dan Indonesia yang
dikawal IS tetapi dia menolak. "Saya terkejut apabila mendapat tahu Muhamad Wanndy menyertai
kumpulan itu. Dia tidak pernah solat Jumaat atau menunaikan solat lima
waktu selama kami berkawan. "Tetapi tiba-tiba dia berubah menjadi alim pada akhir tahun lalu.
Saya anggap tindakanya itu hipokrit," katanya yang tidak lagi berkawan
dengan Muhamad Wanndy kerana dia seorang yang suka menimbulkan masalah.
Tambahnya lagi, Muhamad Wanndy meninggalkan kediaman keluarganya di
Durian Tunggal pada 2012 selepas ahli keluarganya menuduhkan mencuri
barang ibunya yang meninggal dunia akibat penyakit leukemia pada tahun
sama, manakala bapanya pula meninggal dunia ketika Muhamad Wanndy kecil. Muhamad Wanndy pernah bekerja di Kuala Lumpur dan dipercayai terbabit dengan kegiatan merekrut militan IS.
"Dia pulang ke Melaka pada Ogos lalu dan tinggal bersama abangnya
yang berusia 28 tahun dan bekerja di premis telekomunikasi di Ayer
Keroh, manakala dua adik perempuannya sudah berkahwin dan menetap di
tempat lain. Rakan sekolahnya itu juga memberitahu, baru-baru ini Muhamad Wanndy
menikahi Nor Mahmudah Ahmad di sempadan Thailand kerana bapa mertuanya
tidak merestui hubungan mereka.
Diminta memberi komen mengenai pembabitan Muhamad Wanndy, Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri
berterusan memantau sekolah agama untuk memastikan ia tidak dipengaruhi
kegiatan kumpulan militan. Katanya, penubuhan sekolah agama di negeri itu memerlukan kelulusan agensi berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Negeri. "Dengan perkembangan terkini ini, kita akan periksa untuk memastikan
ia akan digunakan untuk pengajaran yang bertentangan atau merekrut,"
katanya. mstar
-- Benjy Ditahan Kali Ketiga Disyaki Miliki Dadah Turut Ditemui Pistol Di Hotel
-- Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square
-- Askar Bunuh Diri Di Kem Kementah Jln Padang Tembak KL
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!