Sunday, March 15, 2015

Dua Pesawat Indonesia Terhempas Di Langkawi Lima 2015 (Gambar)

Dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dilaporkan terhempas ketika melakukan latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di Langkawi, Ahad.


Dalam insiden pukul 2 petang itu, dua pesawat jenis KAI KT-1B Woongbi bertembung antara satu sama lain sebelum terhempas. Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Menurut seorang saksi, Husin Ahmad, 25, berkata beliau ternampak juruterbang sempat menyelamatkan diri menggunakan payung terjun. "Saya sedang makan, tiba-tiba ternampak kedua-dua pesawat itu berlanggar sesama sendiri di bahagian ekor menyebabkan ia berasap sebelum terhempas. "Saya juga nampak seorang juruterbang sempat terjun menggunakan payung terjun," katanya.


Seorang lagi saksi berkata pesawat Jupiter milik Indonesia yang terhempas di Kedawang itu turut mengakibatkan sebuah rumah penduduk tempatan terbakar. Kebakaran itu kemudiannya dipadamkan anggota bomba. Pameran LIMA'15 yang dijadual berlangsung bermula 17 hingga 21 Mac ini akan  menyaksikan lima pasukan, termasuk AU-TNI, membuat pertunjukan akrobatik. mstar

--  Pernikahan Hanez Suraya Dan Romie Razin Di Masjid Putra (Gambar)
--  Diana Amir Bersalin Anak Perempuan 3.12Kg (Gambar)
--  Diana Danielle Seksi Jadi Model Majalah (Gambar)
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!