Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak serta 10 anak Allahyarham. Jenazah dikebumikan sekitar 10.55 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi PAS lain menyertai ribuan rakyat hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Terdahulu, solat jenazah dilangsungkan di Masjid Pulau Melaka pada 10 pagi, diimamkan Abdul Hadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di masjid itu bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir. Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut hadir.
Jenazah Nik Abdul Aziz diusung oleh anak-anaknya ke tanah perkuburan berkenaan. Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada 9.40 malam tadi. Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, pada 8.40 malam.
Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat dan keadaan kesihatannya kian merosot sejak Disember tahun lepas. Ribuan orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sejak berita kematiannya diketahui pada Khamis malam. mstar
-- Gambar Jenazah Tuan Guru Nik Aziz Diusung
-- Gambar Sekitar Ziarah Jenazah Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!