Thursday, February 12, 2015

Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia Di CCU IJN (Gambar)

Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis. Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini.


Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis. Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Hasbullah, 63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an. Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. mstar

--  Salima AF Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
--  Kes Bunuh Syaleza Jaafar TV9 Norazman Menangis Rindukan Anak
--  Isteri Hisyam Hamid Kini Bertudung (Gambar)
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
--  Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia (Gambar)

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!