Pemergian bintang paralimpik negara Mohammad Azlan Mat Lazim yang
maut akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu, begitu terkesan bagi kedua
ibu bapa Allahyarham.
Sejak bergelar atlet paralimpik olahraga negara, kedua-dua mereka
sentiasa memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar arwah beroleh
kejayaan dalam sebarang temasya yang disertainya.
Namun, segala-galanya tinggal kenangan dan mereka reda dengan
pemergian Allahyarham Mohammad Azlan, 25, yang merupakan pemenang tiga
pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Bapa Allahyarham, Mat Lazim Ali, 51, menganggap apa yang berlaku terhadap arwah anaknya itu ujian daripada Allah SWT.
Mat Lazim berkata sebelum kejadian, arwah anaknya itu menelefon beliau pada 11 pagi Sabtu, untuk bertanyakan khabar. "Arwah ada menyatakan hasrat hendak membeli rumah baharu kepada
keluarga tidak lama lagi...saya reda dengan apa yang terjadi," katanya.
Mohammad Azlan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal
yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah van lalu terbabas di Jalan
Besar Serdang Raya 2/3, Seri Kembangan. Mohammad Azlan yang berasal dari Kemaman, Terengganu, meninggal dunia
di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tangan dan kepala.
Rakannya, Farisan Jasna, 25, yang merupakan atlet lompat jauh
paralimpik berasal dari Sarawak serta pernah memenangi pingat emas Sukan
SEA 2013 di Nay Pyi Taw, Myanmar cedera parah dan dirawat di Hospital
Serdang.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang
Kurang Upaya Negeri Terengganu (Pesron), Engku Ali Engku Ngah berkata,
pemergian Allahyarham Mohammad Azlan satu kehilangan besar kepada
persatuan berkenaan. Beliau berkata, bakat Allahyarham mula dicungkil serta diketengahkan
di peringkat antarabangsa pada 2011 dalam acara 100 meter, 200 meter dan
400 meter kategori kecacatan T38 dan T36.
Jenazah atlet paralimpik negara itu selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Jabor Kubur di Chukai, Kemaman, pada 1.20 pagi Ahad, dan
turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber
Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat. mstar
-- Jenazah Raja Abdullah Arab Saudi Selamat Dikebumikan (Gambar)
-- Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!