Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat berputih mata untuk
menyertai mana-mana pasukan selepas digantung tiga bulan daripada
beraksi dalam sebarang kejohanan dan didenda RM50,000 oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Jumaat.
Gary dijatuhkan hukuman berdasarkan Artikel 17, Status dan Pemindahan
serta merta selepas menimbulkan isu kontrak bersama dua pasukan iaitu
Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Gary dihukum kerana pelanggaran kontrak dengan Pahang dan JDT. "Pemain ini hanya boleh menandatangani kontrak bersama pasukan pilihan selepas tarikh hukuman tamat. "Manakala kontrak yang ditandatangani bersama Pahang pada 14 November
2014 dan dengan JDT pada 21 November 2014 adalah tidak sah kerana Gary
hanya dibebaskan oleh FAM pada 1 Disember 2014.
"Dengan itu juga, pasukan JDT didenda RM100,000 dan amaran keras
kerana menyumbangkan ke arah pelanggaran kontrak dan peraturan, manakala
Pahang diberi amaran keras,"jelas Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain
FAM, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media selepas Mesyuarat
Jawatankuasa Status di Wisma FAM pada Jumaat.
Pemain berasal dari Kulim, Kedah itu muncul pada majlis
memperkenalkan pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lalu,
walaupun statusnya masih menjadi tanda tanya. Sebelum itu, Takiyuddin turut memberi amaran keras kepada JDT kerana
menimbulkan kecuaian pendaftaran pemain Mohd Faizul Hussin yang tidak
wajar berlaku kerana pemain itu belum selesai dengan pasukan Pahang.
"Mohd Faizul perlu membayar tebus kontrak mengikut gaji bulannya
sebanyak RM10,000 selama 12 bulan (RM120,000) kepada bekas majikannya. "Memandangkan dia sudah dibayar gaji pada Disember lalu sebanyak
RM10,000, jadi Mohd Faizul perlu kembalikan wang tersebut kepada Pahang. "Jadi jumlah keseluruhan yang perlu diselesaikan kepada Pahang berjumlah RM130,000," tambahnya.
-- Kemalangan Bas Terbakar Di Tapah 8 Rentung 21 Cedera (Gambar)
-- Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Shahrir Bercerai Talak Satu (Gambar)
-- Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!