Industri seni tanah air dikejutkan apabila cinta antara pelawak dan
pengacara terkenal, Zizan Razak dengan pelakon Emma Maembong disahkan
telah menemui titik noktah.
Emma yang membuka mulut kepada media mengakui membuat keputusan untuk
meninggalkan Zizan gara-gara tidak tahan dengan sikap pelawak itu.
“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tidak tahu apa yang saya lalui. “Jika asyik berendam air mata saja, buat apa diteruskan hubungan ini.
Sampai bila saya nak makan hati,” katanya yang dipetik menerusi Sinar
Harian Online.
Sementara itu, memetik laporan Utusan Malaysia, Zizan menjelaskan
keinginannya untuk membeli kereta mewah telah mendapat bantahan Emma
sekaligus membawa kepada sebab perpisahan mereka. Berita perpisahan ini dilihat agak mengejutkan memandangkan pasangan
ini tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah dalam hubungan
mereka. Tambahan pula, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
-- Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak (Gambar)
-- Syura Dirayu Bekas Suami Rujuk Kembali Kerana Masih Sayang Dan Demi Anak (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!