Seorang gadis dipukul lalu ditoreh muka oleh dua penyamun yang memecah
masuk rumahnya yang terletak di Wakaf Berangan, petang kelmarin.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2 petang ketika wanita terbabit
berada dalam bilik air, manakala ibunya, 58, sedang berehat di bahagian
dapur rumah.
Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, dua suspek lelaki
dipercayai warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai
topi keledar yang mempunyai 'visor'. "Seorang suspek menendang pintu bilik air dan menarik mangsa ke ruang
tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur. Mangsa kemudian
diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu
bilik," ujar Ketua Polis Daerah Pasir Puteh itu lagi.
Pihak polis percaya suspek berniat untuk merogol mangsa kerana cuba
menanggalkan seluar. Hasrat itu terbatal seketika mendengar panggilan
rakannya yang berada di luar bilik. Suspek kemudian bertindak ganas dengan menumbuk mangsa yang berusia 22
tahun serta menoreh pipi sebelah kiri wanita itu. Ibu mangsa turut
cedera di dahi dan bibir.
“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik
mangsa yang menyembunyikan diri dalam bilik lain," tambah Rozak lagi. Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. mlp
-- Azza Buang Tiub Fallopio Keguguran 3 Kali
-- Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
aduhai...takutnya....
ReplyDelete