Pandelela Rinong terselamat dari sebarang kecederaan apabila terlibat
dalam kemalangan di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu, Pandelela dikatakan
merempuh pembahagi jalan bagi mengelakkan kenderaan lain yang masuk ke
laluannya, lapor sebuah portal.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi
Superintendan S Markandan dilaporkan berkata, Pandelela menuju ke Bukit
Jalil dari Sentul untuk pulang ke rumah selepas makan malam dengan
rakan-rakannya.
“Hasil siasatan awal mendapati kereta lain tiba-tiba membelok ke lorong
laluan yang digunakan oleh kereta Pandelela, menyebabkannya hilang
kawalan dalam usaha untuk mengelak kenderaan terbabit dan merempuh
pembahagi jalan dan papan tanda,” katanya. Pandelela Rinong anak Pamg, 21, melakar rekod sebagai atlet wanita
pertama memenangi pingat pada Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.
Kemalangan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu Pandelela mengalami
kerosakan teruk, bagaimanapun Pandelela dilaporkan terselamat. sinarharian
-- Azza Buang Tiub Fallopio Keguguran 3 Kali
-- Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)
-- Tiga Atlet Sukma Ditahan Kes Rogol Di UPM
-- Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!