Pernahkah anda mendengar seseorang berkata atau menasihati anda untuk
tidak makan pada waktu malam sekiranya anda ingin mengawal atau
menurunkan berat badan? Banyak nasihat yang kita dengari tentang perkara
ini dan kadangkala tidak dapat dikenal pasti yang mana satukah yang
benar dan yang mana satu adalah mitos.
Pada pemahaman atau pendapat
anda, benarkah kita tidak boleh makan pada waktu malam? Perkara ini juga
banyak diperdebatkan dan diutarakan pandangan dari kalangan pakar-pakar
nutrisi juga kesihatan di seluruh dunia. Berikut adalah beberapa
perkara yang perlu anda ketahui tentang makan pada waktu malam.
Waktu makan - Anda boleh makan malam tapi waktu yang terbaik adalah 3-4jam sebelum
tidur. Jangan makan apabila anda hendak tidur. Ini akan menyebabkan
gangguan yang mungkin boleh berlaku kepada sistem penghadaman dan juga
waktu tidur anda. Seterusnya boleh mendatangkan kesan yang negatif
kepada kesihatan.
Jenis makanan - Kebanyakan pakar pemakanan menyarankan agar mengambil makanan yang
mengandungi kadar gula yang rendah ketika makan malam. Ini kerana,
kajian mendapati meereka yang mengambil kandungan gula yang rendah pada
waktu makan malam akan dapat mengawal kandungan gula dalam tubuh badan
pada waktu sarapan keesokan harinya.
Mengambil makanan yang mengandungi
karbohidrat juga dapat mengawal dan mengurangkan rasa lapar anda di
tengah malam hari. Pengambilan protein yang secukupnya juga dapat
membantu tubuh anda membina otot ketika anda sedang tidur.
Tabiat pemakanan - Kawal pengambilan makanan ringan selepas waktu makan malam. Ini kerana
makanan ringan yang masuk ke perut anda kebanyakannya mengandungi kalori
yang tinggi. Makanan ringan yang anda ambil sekiranya dalam kuantiti
yang banyak terutama ketika anda sedang menonton televisyen, sehingga
tidak sedar anda menghabiskan satu bekas atau plastik akan mendatangkan
kesan yang buruk kepada kesihatan anda selain menambahkan berat badan.
Kesimpulannya, makan pada waktu malam tidak mendatangkan masalah selagi
anda tahu bila anda makan, apa yang anda makan dan kuantiti yang anda
ambil. mlphealth
-- Siapa Azizul Dan Shalwati Di Sweden Dari Pandangan Rakan Karib Mereka (Gambar)
-- Ainan Tasneem Kemalangan Kereta Masuk Longkang Di Kangar (Gambar)
-- Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak (Gambar)
-- Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!