Adel diserap masuk dan berpeluang ke konsert akhir Af minggu depan. Tiada undian AF Masuk tapi Adel dipilih melalui fakulti AF dan kerjasama Astro.
"Saya terima dengan kekalahan ini tetapi ini bukan perjalanan akhir di bidang ini. Sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang penyanyi profesional di arus perdana," kata Azwan.
Pada malam konsert tersebut pelajar-pelajar ditugaskan untuk membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet. Untuk tugasan solo, Aman, 21, mempersembahkan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Azwan, 30, (Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi), Ewal, 22 (Rude nyanyian Magic), Nuha, 21, (Ku Pendam Sebuah Duka nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim) dan Firman, 25, (Nur Nilam Sari nyanyian Awie dan Search).
Tugasan lagu duet pula, Aman membawakan lagu Kalau Cinta menampilkan Marsha, Azwan (Tanda Kasih, menampilkan Noraniza Idris), Ewal (Muara Hati, menampilkan Adira), Nuha (Cintamu Mekar Di Hati menampilkan Mus May) dan Firman (Seribu Tahun Takkan Mungkin, menampilkan Joey Bumiputra Rockers).
Juri tetap program itu ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura manakala penyanyi Fauziah Latif pula sebagai juri undangan.
-- Rozita Che Wan Bersalin Anak Perempuan 3kg Di Ampang Puteri (Gambar)
-- Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Bercuti Di Eropah (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!