Suasana Mahkamah Tinggi Shah Alam hiba sebaik Norazman Bashah Ahmad
Azam, 33, yang didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza Jaafar, 31, dua
tahun lalu menangis melepaskan kerinduan terhadap anak tunggalnya yang
berusia empat tahun.
Selesai prosiding Norazman Bashah yang ketika itu diiringi keluar oleh
anggota polis dipeluk ibunya sebelum melulut serta mencium anaknya.
Suasana sayu itu disaksikan oleh anggota keluarga kedua-dua pihak yang turut mengalir air. Mereka hadir pada hari pertama perbicaraan kes bunuh Nur Syaleza yang juga merupakan Eksekutif Pentadbiran TV9.
Semasa prosiding mahkamah dimaklumkan bahawa Norazman Bashah
menunjukkan kepada saksi pendakwaan kelima, Sarjan S Manivannan, tempat
si mati dibaringkan. Manivanan berkata, dia tiba di rumah tersebut bersama dua lagi anggota
Unit Operasi dan Pencegahan Jenayah di Saujana Damansara, dekat sini jam
10 malam pada 28 Julai 2012.
“Mayat Nur Syaleza dibaringkan di atas tilam di ruang tamu serta diselimutkan. “Saya lihat seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sekitar dua tahun menangis di tepi pintu,”katanya. Menurutnya, siasatan mendapati terdapat kesan pintu bilik dipecahkan
dan keadaan di dalam berselerak selain itu almari solek dalam keadaan
terjatuh namun cerminya tidak pecah.
“Saya tanya kepadanya kenapa ada dua helai kain cadar, namun Norazman
Bashah memberitahu dia telah memotong kain tersebut semasa menurunkan si
mati,” katanya. Beliau juga turut dimaklumkan oleh tertuduh kain simpul yang diikat di
atas kipas sudah dibukasewaktu menurunkan mayat isterinya. “Saya bertanya beberapa kali kenapa dia membuka sampul kain di kipas, tapi tertuduh enggan menjawab,” katanya.
Manivanan yang bertugas di bahagian Operasi dan Pencegahan Jenayah
Balai Polis Sg Buloh turut membuat pemeriksaan ke atas mayat Nur Syaleza
dan mendapati terdapat kesan lebam di leher. “Setelah selesai tugas sekitar jam 11.30 malam saya dan dua anggota
menghantar mayat ke Hospital Sg Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah
Abu Bakar.
Sementara itu, Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik
Hospital Sg Buloh, Dr Shahidan Md Noor, 55, memberitahu hasil bedah
siasat yang dijalankan ke atas mayat tersebut adalah disebabkan
asfiksia. “Asfiksia berlaku apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mayat, terdapat beberapa
kecederaan luaran antaranya jalur merah putih pada bahagian depan leher
mangsa selain buih darah di mulut dan hidung mangsa. “Terdapat juga kesan lebam di atas dahi, buku lali dan keting. Bedah siasat yang dijalankan jam 10.30 pagi pada 29 Julai turut
mendapati terdapat kesan pendarahan bintik-bintik pada struktur leher. “Saluran pernafasannya banyak buih halus,” katanya.
Norazman Bashah didakwa membunuh isterinya di kediamannya di Damansara
Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012. Bekas Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak
itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman mati jika sabit kesalahan. sinarharian
-- Pernikahan Erin Malek Dan Farriz Fauzy Di Duta Suria (Gambar)
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Syaleza Jaffar TV9 Mati Akibat Leher Dijerut
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!