Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pihak penganjur
program 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) bagi
mendapatkan penjelasan berkenaan penganjuran program tersebut.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, program yang
berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang Ahad
telah menimbulkan keresahan orang awam khasnya dalam kalangan umat Islam
kerana perkara itu bercanggah dengan pegangan mazhab dan 'uruf' atau
adat di Malaysia.
"Menurut mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing
secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah
haram di sisi Islam," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, walaupun Islam meletakkan kaedah 'sertu' apabila terkena
najis yang dikategorikan 'mughallazah' namun kaedah tersebut bukanlah
alasan untuk membolehkan seseorang memegang najis itu dengan sengaja.
"Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," katanya. Othman berkata, tindakan penganjur itu dikhuatiri mempunyai agenda
terselindung dan seolah-olah cuba mencipta budaya baharu serta boleh
membawa kepada perbuatan menghina Islam.
"Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie
sebagai mazhab rasmi. Justeru peranan Jakim adalah untuk memastikan umat
Islam di negara ini mangamalkan syariat yang tidak menyalahi mazhab
Syafie," katanya.
Beliau juga menjelaskan Islam tidak pernah memandang keji haiwan itu
kerana anjing juga wajar diberi kasih sayang, belas kasihan dan dijaga
kebajikannya. "Walau bagaimanapun dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan
menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan," katanya. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai kedudukan anjing
dalam Islam serta hukum berkaitannya boleh melayari portal fatwa Jakim
di www.e-fatwa.gov.my. mstar
-- Pernikahan TMJ Dan Khaleeda Bustaman Di Istana Bukit Serene Jumaat Ini
-- (Gambar) Biri Biri Lahirkan Anak Anjing
-- Gambar Anak Kucing Mata Satu Di Kg Bt 4 Jln Apas Tawau
-- Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!