Waris Allahyarham AR Tompel meminta Astro memberhentikan terus
tayangan telefilem biopik Saloma Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh di
Astro First Eksklusif (saluran 489 dan 490).
Menerusi satu sidang media khas yang diadakan di Finas semalam, Adlin
Aman Ramlie, meluahkan rasa kesal kerana telefilem yang disifatkan
sebagai penghinaan terhadap bapanya itu masih ditayangkan meskipun
pihaknya menerusi peguam Azam & Co telah mengambil tindakan awal
menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera
dihentikan.
Adlin memberitahu, terdapat 29 babak AR Tompel lakonan Azhan Rani dalam
telefilem terbabit didapati tidak benar. Tegasnya, menerusi penelitian
yang dibuat terdapat 29 babak dalam telefilem tersebut tidak
menggambarkan karakter sebenar arwah bapanya itu.
“Watak AR Tompel dipaparkan sebagai prejudis, berat sebelah, berunsur
tohmahan dan fitnah sekali gus menjejaskan semua nilai murni masyarakat
terhadap arwah. “Segala bentuk tulisan dan pengarahan dalam telefilem itu adalah
prejudis,tidak bertanggungjawab dan melanggar akidah,” tegas Adlin.
Justeru, katanya, melalui Azam & Co, mereka telah mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak Astro pada 26 September lalu. “Penyiaran telefilem berkenaan telah memberikan impak buruk kepada semua adik-beradik dan ahli keluarga yang lain,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili waris AR Tompel, Mohd Khairul Azam
Abdul Aziz memberitahu notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada
26 September lalu. “Antara tuntutan yang dikemukakan ialah meminta penayangan telefilem
berkenaan dihentikan serta merta, satu permohonan maaf daripada pihak
Astro dan proses rundingan untuk membincangkan perkara tersebut dengan
lebih lanjut.
“Bagaimanapun, Astro menerusi peguam mereka sudah membalas surat
tuntutan kami itu yang diterima pada 8 Oktober lalu, tetapi saya tidak
boleh menjelaskan kandungan surat berkenaan kepada umum,” katanya. Sementara itu, pengarah telefilem tersebut, Melissa Saila, tetap dengan pendiriannya yang enggan memberi sebarang komen. sinarharian
-- Jalan Kuala Lipis Gua Musang Sesak Teruk Lori Terbabas (Gambar)
-- Bomoh Didakwa Buat Seks Luar Tabie, Kelucahan Melampau Dan Cabul Gadis
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!