Anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K iaitu Mohd. Adib
dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records
yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel.
Adib, 24, menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, selain memegang
jawatan tertinggi itu dia juga bertindak sebagai pemegang saham
syarikat kumpulan Tune tersebut berkuatkuasa 9 Oktober lalu.
"Saya ingin berterima kasih kepada semua di Tune Group terutamanya Datuk
Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes di atas kepercayaan
diberikan kepada saya untuk memikul tanggungjawab dan mengalu-alukan
kedatangan saya ke dalam keluarga Tune," kata Adib dalam status
Instagram miliknya. Terdahulu, Jeremy, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012
meninggal dunia pada 9 April lalu di Mekah, Arab Saudi semasa
mengerjakan Umrah.
Selain syarikat rakaman, Tune juga mempuyai rangkaian hotel seluruh
negara yang mana ia merupakan anak syarikat kepada AirAsia Berhad milik
Kamarudin dan Tony Fernandes. Dalam pada itu, Adib dalam kenyataan sama berjanji akan berusaha dalam
memberikan perkhidmatan terbaik dengan menghidangkan muzik terbaik
kepada peminat di seluruh rantau Asia.
"Saya tidak sabar untuk memberikan peminat di rantau ini hiburan muzik terbaik," katanya lagi. Tune Studios/Tune Records adalah studio rakaman terbesar di Malaysia
menyediakan peralatan rakaman audio dan produksi dengan lebih 10 bilik
studio yang terletak di Klang, Selangor.
Selain kerja-kerja rakaman, ia juga menyediakan kelas pendidikan dan
latihan muzik yang terbuka kepada orang ramai dan pemain dalam industri
seni. Adib sebelum ini mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu What's Up
Entertainment yang bertanggungjawab menerbitkan album Inggeris ibu
tirinya iaitu Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love. mstar
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!