Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), bekas
pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain mengumumkan dirinya telah selamat
melahirkan cahaya mata kembar, semalam.
Melalui panggilan telefon itu juga, Nurul memberitahu telah dikurniakan
seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Proses kelahiran dilakukan
secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui
pembedahan.
"Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan
apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," ujar
Syuhada seperti yang dilaporkan oleh portal My Artis.Untuk rekod Nurul Syuhada dan suami, Raja Amir Shah Raja Azwa telah
selamat diijabkabulkan pada 16 Julai 2011 dalam majlis yang berlangsung
di Binjai On The Park, KLCC.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga. mediahiburan
-- Gambar Pernikahan Nurul Syuhada TV3 Dan Raja Amir Di Binjai On The Park KLCC
-- Gambar Majlis Persandingan Scha Dan Awal Di PICC
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
-- Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!