Beberapa jalan utama di bandaraya ini dihiasi gegantung ‘Kejohanan
Muay Thai Piala Menteri Besar’ yang akan berlangsung September depan di
Stadium Sultan Abdul Halim, namun kewujudan gegantung peserta wanita
berpakaian seksi mencuri tumpuan apabila ia menjadi bualan di laman
sosial.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandaraya ini mendapati promosi
kejohanan itu sudah bermula sejak awal Ogos, dengan memasang gegantung
di jalan-jalan utama. Promosi menerusi laman Facebook juga dilakukan pihak penganjur, termasuk di laman sosial antarabangsa sukan Muay Thai.
Bagaimanapun, beberapa komen di laman sosial menyatakan rasa kesal
berikutan iklan kejohanan sukan dicemari dengan gambar peserta wanita
seksi dan dipaparkan pada umum secara terbuka. Berdasarkan maklumat dari laman rasmi penganjur, memaklumkan perlawanan
Super turut menampilkan bintang wanita tempatan, Germaine Yeap,
merupakan wakil dari Dragon Muay Thai, Kuala Lumpur yang akan dicabar
peserta dari Australia, Elise Conquest.
Mengulas perkara itu, Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin
berkata, pihak penganjur perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam
terutama apabila memaparkan wanita dalam kempen promosi secara terbuka. “Dari aspek pakaian, penganjur perlu peka dengan budaya masyarakat kita
di mana pakaian seksi seperti itu sudah pasti tidak dapat diterima
masyarakat setempat. Saya sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan
iklan yang tidak sesuai dengan masyarakat khusus di negara ini,”
katanya.
Menurutnya, walaupun sukan itu mempunyai peminat tersendiri dan
merupakan acara sukan peringkat antarabangsa dengan menjemput peserta
luar negara, namun aspek yang menyentuh sensitiviti umat Islam wajar
diberi penekanan. “Kita bukan halang acara itu, namun perlu adab dan disesuaikan dengan
masyarakat setempat. Saya nasihatkan penganjur lebih peka dalam bab
aurat dan pakaian wanita, contohnya, tidak salah jika hanya pamer wajah
peserta wanita, bukan keseluruhan tubuh dengan pakaian menjolok mata,” katanya.
Syeikh Marwazi berharap, penganjur prihatin dengan kaedah pengiklanan
yang digunakan supaya tidak menjejaskan kredibiliti kerajaan negeri
selaku tuan rumah kejohanan. “Dikhuatiri perkara itu jadi buah mulut dan jejaskan nama baik kerajaan
negeri, tambahan dikaitkan dengan Piala Menteri Besar,” katanya. sinarharian
-- Datuk Noor Zahidi Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Di China (Gambar)
-- Dua Anggota Polis Dipenggal Dicacatkan Otak Dan Mata Kanan Hilang
-- Perkahwinan Jaclyn Victor Dan Shawn Rivera Vokalis Az Yet
-- Tasha Shilla Dan Kekasih Muay Thai Han Chen Wong Di MIMMA 2 (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!