Satu
operasi besar-besaran di udara dan laut diadakan bagi memburu kumpulan
lelaki bersenjata warga Filipina yang mungkin menculik seorang anggota
polis marin berpangkat konstabel, dengan semua laluan keluar untuk
melarikan diri dari Semporna disekat.
Menurut
sumber, bot peronda dari pelbagai pasukan keselamatan termasuk
helikopter tentera laut mengawasi kawasan Semporna di mana berlakunya
seorang anggota polis marin berpangkat koperal berusia 32 tahun ditembak
mati.
Petunjuk
awal mendapati kumpulan lelaki bersenjata itu mungkin menyeberangi
kawasan itu menggunakan bot mereka sebelum memanjat ke arah jeti resort
melalui belakang bangunan berkenaan. Sebaik
sahaja kumpulan lelaki bersenjata memasuki kawasan itu, mereka mula
melepaskan tembakan secara rawak ke arah restoran, ruang menyambut
tetamu dan jeti, sebelum melarikan diri.
Dua
polis lain berjaya untuk mendapatkan perlindungan ketika kejadian
tembak-menembak berlaku. Salah seorang anggota polis terbabit, Sarjan
Jeffridin yang berada di atas bot berhampiran, mendengar bunyi tembakan
dan membuat siasatan, yang kemudiannya mendapati dua rakannya hilang. Mayat Rajah kemudiannya ditemui di bawah jeti. Difahamkan, penyerang disyaki merupakan anggota kumpulan militan atau komando. mstar
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!