Malaysia akan mengekstradisi lelaki yang didakwa melakukan serangan
seksual di New Zealand bagi menghadapi pertuduhan pecah rumah dan
melakukan serangan dengan niat untuk merogol.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Muhammad Rizalman,
38, bekas pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan yang
dihantar bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, akan
dihantar kembali untuk membantu siasatan kes tersebut.
Keputusan itu disampaikan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah
Aman kepada rakan sejawatannya dari New Zealand Murray McCully. "Kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan ini akan memberi peluang
kepada Rizalman untuk bekerjasama dan sepenuhnya membantu pihak
berkuasa New Zealand terhadap siasatan yang sedang dijalankan mengenai
dakwaan yang terhadapnya.
"Malaysia mempunyai keyakinan yang penuh dalam sistem undang-undang New
Zealand dan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Rizalman akan diberi
layanan yang adil di bawah undang-undang ini," menurut kenyataan itu,
sambil menambah bantuan undang-undang akan disediakan oleh Kerajaan
Malaysia kepada tertuduh jika perlu.
Rizalman ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari
berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan
seksual terhadap seorang wanita. Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.
Dia dihadapkan ke sebuah mahkamah New Zealand pada 10 Mei untuk
menghadapi tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan, tetapi telah
dibawa pulang ke Malaysia kerana didakwa mempunyai kekebalan
diplomatik. Perdana Menteri New Zealand John Key dilaporkan berkata bahawa
"keutamaan" beliau adalah supaya tertuduh dibicarakan di bawah
undang-undang. mstar
-- Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
-- Mati Bunuh Diri Terjun Tingkat 9 Berjaya Times Square (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!