Belanda mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Australia 3-2 pada aksi Piala Dunia, Khamis. Penyerang berbisa Bayern Munich, Arjen Robben membuka jaringan pada
minit ke-20 untuk Belanda namun Tim Cahill menyamakan kedudukan seminit
selepas itu.
Skuad Australia yang dibimbing Holher Osieck menguasai babak pertama
permainan, cuba memecah benteng pertahanan Belanda.Sehingga tamat
separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.
Babak kedua menyaksikan rentak Belanda semakin rancak dengan percubaan
bahaya, namun Australia berjaya mendahului kedudukan selepas Mile
Jedinak menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 gara-gara
terkena tangan Janmaat.
Tiga minit selepas itu, penyerang Manchester United, Robin van Persie kembali menyamakan jaringan. Jaringan kemenangan Belanda dijaringkan oleh Memphis Depay hasil
percubaan jarak jauh menewaskan penjaga gol Australia, Matthew Ryan. Kemenangan ini menyaksikan Belanda kini mengutip jumlah tertinggi dengan lapan gol.
-- Arip Juara Kilauan Emas 4 Raih RM100Ribu Dan Toyota Camry
-- Kepala Sharifah Shahira Berdarah Kerana Prank Game Show (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!