Jenazah pelajar Malaysia, Ummi Nadiah Filzah Daud, yang
meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti
Iskandariah, Mesir Ahad lalu, selamat tiba di tanah air.
Jenazahnya yang tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6 petang Rabu dibawa keluar
menaiki van jenazah tepat jam 7.30 malam diiringi keluarga dan pegawai
daripada Kementerian Pendidikan dan Wisma Putra.
Beliau adalah salah seorang daripada enam penuntut Malaysia di Fakulti
Pergigian Universiti Iskandariah, Mesir terbabit dalam kemalangan ketika
dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir untuk kembali ke
tanah air, pada 4 Jun lalu.
Ummi Nadiah Filzah mengalami pendarahan dalaman, Siti Shahirah Abdul
Jalil (patah tangan dan rahang), Fatin Inani Mohd Noh (patah rahang) dan
Siti Nurul Aisyah Zahari (patah tangan) manakala dua lagi, Najihah
Najwa Zulkifli serta Nuraddina Khairunaha, cedera ringan.
Difahamkan, jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bandar
Tasik Putri, Rawang, Selangor dan dijangka dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Bandar Tasik Putri, Rawang, selepas solat Isyak. mstar
-- Pelajar Malaysia Di Jordan Kemalangan Jatuh Gaung Sumaiyah Romli Mati 4 Cedera (Gambar)
-- (Gambar) Kemalangan Ngeri 4 Maut Proton Saga Terbabas Di Km 73 Jln Kuala Kangsar Gerik Perak
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!