Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai tercekik setelah menikmati bebola ikan yang diambil dari ibunya. Insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang Isnin di kediaman
saudara kanak-kanak lelaki itu di Resort Homes dekat Persiaran Cinta
Sayang Sungai Petani Kedah.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Lim Wei Kiat menikmati bebola
ikan yang bersaiz duit syiling 50 sen dalam keadaan terburu-buru.
Seorang saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong membawa mangsa
ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian akibat kekurangan oksigen.
Difahamkan pembantu pegawai perubatan di unit kecemasan hospital
tersebut cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut tetapi tidak berjaya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil
Arifin ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan mengklasifikasikan
kes tersebut sebagai kematian mengejut. mstar
-- Kepala Sharifah Shahira Berdarah Kerana Prank Game Show (Gambar)
-- Suami Nafi Ceraikan Izreen Azminda
-- Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court
-- Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!