MAS mengesahkan tentang kejayaan para juruterbangnya mendaratkan pesawat 737-800 itu dengan selamat menerusi laman tweeternya. Sebelum itu, Pengurus Perhubungan Media dari Bahagian Komunikasi Strategik MAS, Khairunnisak Dzun Nurin telah mengeluarkan satu kenyataan segera yang menyebut bahawa pesawat berkenaan telah menyedari yang mekanikal pada bahagian roda kanannya telah mengalami kerosakan sebaik sahaja berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam Ahad.
Juruterbang pesawat berkenaan kemudiannya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan berpatah balik ekoran masalah tersebut. Pesawat berkenaan berlegar-legar selama beberapa jam di ruang udara KLIA bagi menghabiskan bekalan minyak sebelum mendarat untuk mengurangkan risiko malapetaka.
Mengikut jadual, MH192 dijadualkan tiba di Bangalore, India pada jam 11.35 malam Ahad. Pesawat tersebut membawa 166 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein berkata menerusi tweetnya: 'Semuanya selamat mendarat - dalam perjalanan ke sana sekarang!!' mstar
-- Karpal Singh Mati Kemalangan Ngeri Alphard Rempuh Lori (Gambar)
-- Bella Dally Kini Bertudung (Gambar)
-- Linda Hashim Baca Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!