Menurut laporan Associated Press, seorang pegawai kerajaan Malaysia
mengesahkan bahawa penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa salah
seorang juruterbang atau terdapat individu lain yang mempunyai kemahiran
mengendali pesawat telah merampas penerbangan Malaysia Airlines (MAS)
MH370.
Pegawai itu yang terlibat dalam siasatan misteri kehilangan MH370
berkata belum dapat mengetahui motif sebenar rampasan pesawat itu dan
lokasi di mana pesawat itu diterbangkan. Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, rampasan pesawat
bukan lagi satu teori tetapi sesuatu yang tidak dapat dipertikaikan.
Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing
kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu. Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. mstar
-- Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Bina Simulasi Boeing B777 Di Rumah (Gambar)
-- Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
-- Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
-- Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!