Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah
merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu
menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut 'diterbangkan'
di rumahnya.
Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa
lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat
kawalan jauh beliau. Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk
terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang
sebenar.
Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan
tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang
berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar. Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya. Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.
Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah
mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines
pada 1981. Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah
menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan. sinarharian
-- Kapten Norudin Abdul Majid Dan Kapten Zaharie Kawan Rapat, Di Mana Sains Berakhir Di Situ Kuasa Allah Bermula (Gambar)
-- Rozita Che Wan Mengandung Di Usia 41 Selepas 16 Tahun (Gambar)
-- Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
-- Zed Zaidi Perlekeh Insiden Pesawat MAS Hilang, Mohon Maaf (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana
-- Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!