Penduduk di Kampung Limbongan dan sekitarnya gempar apabila menyedari
ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan
merosakkan beratus-ratus naskhah al-Quran dan kitab hari ini. Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran,
kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat
termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah
dikoyak-koyakkan.
Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam
mangkuk tandas tetapi segera diselamatkan, menurut anggota Skim Ronda
Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Limbongan yang menyedari kejadian
itu ketika membuat rondaan di masjid berkenaan pada 2.30 pagi.
Mereka mendapati naskhah al-Quran, kitab-kitab dan surah Yaasin berselerak di dalam dan persekitaran majid berkenaan. Mereka kemudian membuat laporan polis. Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria
ketika ditemui mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian itu. Beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi. Perkara itu sedang disiasat termasuk dengan bantuan anggota forensik
yang didatangkan dari Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu,
katanya. sinarharian
-- Budak 5 Tahun Mati Makan Lauk Pasar Malam
-- Wardina Jadi Duta Tilam, Berhijrah Ke Australia Bersama Keluarga
-- Ammar Dipukul Bapanya - Nicolai Mikkelsen Di Sweden (Gambar)
-- Cara Lindungi Diri Dari Jerebu 5 Langkah
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!