Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana
didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu
bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang
sebenar.
"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka
seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu
sebenar saya," kata Aishah. Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat
duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah
dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas
anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa
dia telah dipukul. Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga
tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik. Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di
mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan
dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk
Aishah.
"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. "Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar
RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata
Aishah. Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan
sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja
temubual.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua
adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia,
selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden. Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah
diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan
suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia
pada 1 Februari. mstar
-- Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
-- Ainan Tasneem Kemalangan Kereta Masuk Longkang Di Kangar (Gambar)
-- Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun Ammar Anak Azizul Di Sweden
-- Ariana Rose Popularkan Fathia Dan Keith Foo (Gambar)
kesian anak2.. kesian juga parents dia selepas tidak dapat bertemu anak setelah sekian lama.. semua bakal di rungkaikan.. insyaALLAH..
ReplyDelete