Friday, February 7, 2014

Keputusan FAM JDT vs T-Team Gaduh Dalam Terowong JDT Layak Ke Suku Akhir Piala FA (Gambar)

Selepas hampir lima jam bersidang, akhirnya keputusan mengenai perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) pada Khamis. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) diberi kemenangan 3-0 ke atas T-Team dan mara ke suku akhir.


"Kami membuat pertimbangan dalam semua perkara yang berkaitan, memangil semua pihak termasuk kedua-dua pasukan (JDT dan T-team), pengadil, pegawai perlawanan dan juga pegawai penyelaras. "Setelah mengambil kira semua keterangan dan laporan temuduga yang dibuat dari pagi hingga petang ini (Khamis), kami sebulat suara membuat keputusan ini," jelasnya selepas mesyuarat tersebut.

Hamidin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan peraturan pertandingan Liga Malaysia (Liga M) 2013/16, mengikut para 4.12.15(b) menarik diri, gagal bermain. "Keputusan yang dibuat oleh T-Team itu bukan kebenaran pengadil walaupun mereka telah dipanggil untuk menyambung permainan, tetapi sebalik berlaku. "Hanya pengadil yang berhak untuk membuat keputusan sama ada terus bermain ataupun tidak," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan merangkap Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah tidak mengulas lanjut mengenai insiden pergaduhan di terowong seperti yang dilaporkan sebelum ini. "Namun begitu, apa yang berlaku di terowong itu, kita telah meminta pihak sekretariat untuk membuat siasatan secepat mungkin. "Jika ada kes, kita akan membawa ke jawatankuasa tatatertib. "Walaupun perkara itu dalam siasatan pihak polis, kita juga akan menyiasat mengikut bidang kuasa masing-masing," kata Affendi.

Manakala Hamidin turut menambah bahawa FAM tidak akan kompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terbukti ada kes di terowong itu. Sebagai rekod, perlawanan pusingan kedua Piala FA antara JDT menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Yunos, Johor Baru tertangguh dengan kedudukan skuad Harimau Selatan mendahului 2-1 apabila pasukan pelawat mendakwa seorang pemain dan jurulatih kecergasannya dikasari pegawai tuan rumah. Pusingan suku akhir pertama dan kedua akan berlangsung pada 11 dan 18 Februari ini. mstar

--  Majlis Resepsi Puteri Sarah Dan Syamsul Tema Islamic Arabic Night Di Pusat Konvensyen Setia City
--  JDT vs T-Team, Laporan Polis Pemain Dan Pegawai Ditumbuk Ditendang (Gambar)
--  Leuniey Natasha Bersalin Anak Perempuan 2.75Kg (Gambar)
--  Cinta Jangan Pergi Episod Akhir Sinopsis  

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!