Seorang penyanyi baharu iaitu Marinatasha berasa terhina diaibkan di
hadapan kira-kira 100 tetamu selepas diarahkan turun daripada pentas
ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah
syarikat hartanah gara-gara dia berhijab.
Marinatasha atau nama sebenarnya Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33,
berkata, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur
rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung. "Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di
atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik
dan turun apabila diminta berbuat demikian. "Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak
penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara
itu," katanya.
Marina ditemui pada sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di M-Cafe Selasa. Hadir sama Presiden Persatuan itu Datuk Freddie Fernandez. Marinatasha yang berpengalaman 12 tahun sebagai penyanyi profesional
turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Balai Polis
Kepong pada 19 Januari lalu iaitu sehari selepas kejadian.
Tambahnya, semasa mengadakan latihan bersama kumpulan pemuzik iaitu
Rufus di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil syarikat
tersebut turut hadir dan isu dia bertudung tidak ditimbulkan. "Jika benar mereka tidak menyukai saya bertudung mengapa tidak bangkitkan isu berkenaan semasa sesi latihan? "Hanya semasa pada majlis berlangsung, seorang pegawai kanan
syarikat berkenaan memberitahu imej saya tidak bersesuaian dengan majlis
tersebut sedangkan ada tetamu yang datang berhijab," katanya.
Marinatasha berkata, pihak penganjur mengundang bekas peserta Akademi
Fantasia ke lapan (AF8) iaitu Zafarina Jamhari (Farina) untuk
menggantikannya pada persembahan malam itu. Katanya, walaupun bayaran penuh kepadanya dijelaskan, namun dia amat kecewa dengan insiden berkenaan.
"Saya tidak faham mengapa tidak dibenarkan membuat persembahan kerana
imej saya bertudung sedangkan pengerusi syarikat itu yang turut hadir
adalah orang Melayu. Malah beliau mahu saya membuat persembahan tetapi
dihalang pihak pengurusan syarikat berkenaan," jelasnya.
Sementara itu, Freddie berkata, individu berkenaan patut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Marinatash. Permohonan maaf itu boleh dilakukan menerusi kenyataan akhbar atau pun secara peribadi. "Karyawan sanggup membantu sebagai orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. "Bagaimanapun sekiranya pihak berkenaan enggan berbuat demikian kita
akan hantar surat kepada mereka untuk melakukannya," kata beliau. Tambah Freddie, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam
sebuah negara merdeka seperti Malaysia yang meraikan kelainan dan
kepelbagaian agama, kepercayaan, kaum dan budaya. mstar
-- Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
-- Linda Onn Dan Suaminya Ungku Azhar (Gambar)
-- Langsuir Terbang Mengilai Ganggu Penduduk (Gambar)
-- Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!