Khamis lalu, tirai program realiti berbentuk Islamik, Mimbar Pencetus
Ummah telah melabuhkan tirainya apabila PU Hafiz dinobatkan sebagai
juara. Walaupun rancangan dakwah itu telah pun berakhir, namun ianya tidak
terlepas daripada isu sampingan lain yang membuatkan masyarakat
khususnya peminat tidak berpuas hati.
Ibarat 'rumah siap, pahat masih berbunyi', kemunculan pengacara
berpengalaman, Datuk Aznil Nawawi di pentas akhir program itu menjadi
pertikaian hebat. Di laman sosial dan akaun rasmi Pencetus Ummah (PU), rata-rata
mempertikaikan kredibiliti Pak Nil di medan PU sebagai juri profesional. Malah, ada juga segelintir peminat kurang selesa dengan komen-komen
yang telah diberikan khususnya kepada finalis yang berasal dari Pulau
Pinang, PU Shahul.
Enggan menunggu lama, Pak Nil yang dihubungi Zass memberitahu bahawa
komen-komen yang diberikan bukan berbentuk kritikan, namun lebih kepada
pandangan. "Saya tidak berniat untuk mengkritik kerana itu hanyalah cadangan saya
apabila sepanjang tempoh satu minit setengah itu, finalis berkenaan
hanya menjerit dalam penyampaiannya. "Bukankah penyampaian itu lagi indah dan cantik sekiranya tona suara
itu direndahkan dan diselang-selikan dengan pujian serta humor. "Bagi orang Islam, mungkin ianya tidak menjadi masalah, namun bagi
orang bukan Islam dan dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan agama,
mungkin perkara itu boleh menakutkan mereka," katanya.
Menurut Pak Nil, walaupun rancangan itu merupakan medan agama, namun
pemilihannya sebagai juri profesional hanyalah merangkumi pengucapan
awam dan persembahan. Katanya, pertikaian di medan sosial terutamanya tidak perlu
dibangkitkan kerana pandangannya di pentas akhir PU tidak melebihi batas
yang telah ditetapkan.
"Saya ditugaskan untuk memberi pandangan mengenai pengucapan awam dan dalam persembahan sahaja. "Sepanjang tempoh itu, saya tidak sentuh langsung mengenai dalil atau
mana-mana hal agama kerana ada juri profesional agama yang lebih layak
dilantik. "Malah, masyarakat tidak perlu mempertikaikan kredibiliti saya di dalam
tugas itu kerana pengalaman saya dalam bidang ini lebih 24 tahun,"
katanya.
Tambah Pak Nil, dia juga tidak akan tunduk kepada tekanan yang diwujudkan masyarakat mengenai perkara itu. "Saya tidak rasa terganggu langsung dengan tekanan yang diberikan
kerana saya tahu apa yang saya buat. Malah, saya merupakan orang yang
paling lama dalam bidang pengucapan awam bersama Astro. "Apa sahaja kritikan yang diberi, saya akan telan dan tidak akan memikirkannya secara serius," ujarnya. sinarharian
-- Irma Hasmie Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Kenduri Lauk Basi Busuk Dan Nasi Mentah Di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
-- Pernikahan Jovian Mandagie Dan Nina Ismail Sabri (Gambar)
-- Polis Mabuk Dalam Kereta Peronda (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!