Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan
yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada
Jumaat.
"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini
bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna
yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen
'Kembali Ke Sekolah' AEON.
Hasan turut menggesa supaya semua perniagaan untuk bertimbang rasa. "Tolong bantu kementerian dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya." Beliau berkata, pegawai kementerian akan membuat pemantauan, dan
meminta pengguna yang menyedari tentang kenaikan harga melampau supaya
membuat aduan. "Kita merancang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi," katanya.
Mengenai kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
bahawa Kerajaan seharusnya mengurangkan kos berbanding menaikkan harga, Hasan berkata, beliau menghormatinya tetapi tidak bersetuju dengan
pandangan itu. "Kita akan melihat pandangan Tun serta rakyat. Kita mahukan sistem yang terbaik." Sesiapa yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian hotline
kementerian di 1-800-886-800, atau emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my. mstar
-- Drama Ammara Batrisya TV9 Lakonan Erra Fazira Umie Aida Dan Adi Putra
-- Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Bayi Mati Jatuh Tingkat 4 Terlepas Dukungan Bapanya Di Kuarters Polis Bukit Pelindung
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!