Imej dan klip video yang mendakwa berlakunya kejadian 'puting beliung' di Johor tersebar di Internet pada petang Rabu. Facebook dan Twitter kecoh, apabila ramai yang melahirkan rasa bimbang mereka dengan kejadian puting beliung berkenaan.
Bagaimanapiun, tidak lama selepas itu kejadian tersebut dimaklumkan
sebagai belalai air dan dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai
Lido pada pukul 4 petang. Seorang pelajar, Mohd Aqil Mohd Faiz, 17, berkata ia merupakan kali
pertama dia menyaksikan suasana seperti itu ketika dia sedang memandu di
sepanjang Jalan Skudai pada pukul 4 petang.
"Ia muncul tidak tahu dari mana dan saya dapat melihatnya dengan
jelas daripada dalam kereta saya," katanya sambil menambah dia sangat
teruja dan agak takut ketika menyaksikan fenomena berkenaan. Hasliana Mohamed, 33, berkata dia melihat kejadian berkenaan daripada
pejabatnya di Hospital Sultanah Aminah pada pukul 4.40 petang. "Saya nampak ia membentuk angin yang sangat kuat. Saya sangat takut
dan bergegas ke arah kereta dan segera memandu pulang ke rumah,"
katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Meterologi mengesahkan
fenomena yang berlaku ialah belalai air. "Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika. "Ia sering terjadi ketika ribut petir berlaku. Kekuatan angin yang dibawa tidak sekuat puting beliung," katanya.
Beliau menambah jabatan berkenaan menerima beberapa panggilan telefon
berkaitan dengan kejadian tersebut, namun tidak ada yang dicatatkan
berlaku pada satelit mereka. "Kami kemudiannya menganalisis gambar dan video berkaitan dengan
insiden itu dan mengesahkan ia bukan fenomena puting beliung sebaliknya
belalai air. Jurucakap itu menambah belalai air hanya muncul dalam
tempoh masa yang singkat dan beliau menggesa penduduk kekal tenang.
-- Permohonan BR1M 2014 Mulai 23 Disember Hingga 31 Januari
-- Harga Tol Naik 50 Sen Hingga RM2 Mulai 1 Januari 2014
-- Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 4 (Gambar)
-- Pernikahan Farawahida Dan Abdul Shukur Di Taiping (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!